بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Malas celoteh panjang, banyak kerja belum disiapkan. Resepi cedok dari buku Koleksi Chef Wan Ayam. Resepi buku ni memang best. Yela, tukang masak terkenal la katakan. Malam tadi cuba resepi ayam percik pula. Memang sedap sampai licin pinggan!! Aku buat 1/2 dari resepi asal.
AYAM PERCIK CHEF WAN
Bahan-bahan:-
1 ekor ayam, 1 kg - dibersihkan
1 liter santan
10 batang serai - titik
6 cm lengkuas - hiris
Garam dan gula secukupnya
1/2 helai daun kunyit - hiris halus
1 sb gula merah - mel tambah
Pes Rempah (kisar):-
3 tangkai cili merah - mel ganti dgn cili kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
10bj buah keras
1 st halba
Cara:-
1. Masukkan pes rempah dan santan ke dalam periuk besar. Kacau dan didihkan. Reneh hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam, serai dan lengkuas. Kacau hingga ayam disalut dengan kuah. Perasakan garam dan gula. Renehkan selama 30minit, kacau dan balik-balikkanayam selalu. Jika perlu tambah air agar tidak melekat, tetapi jumlah cecair di dalma periuk harus sedikit sahaja.
3. Keluarkan ayam daripada kuah dan panggang selama 10minit sambil dilumur selalu dengan kuah daripada periuk. Letakkan ayam yang dipanggang di atas pinggan.
4. Kembalikan periuk ke atas api sederhana dan pekatkan lagi kuah sambil kacau selalu sehingga menyalut ayam apabila dituang ke atasnya.
5. Apabila kuah telah siap, angkat dari api dan sendukkan ke atas ayam. Hias dengan daun kunyit dan hidangkan segera.
Bolehla beli buku ni ye. Tak sampai RM10 pun harganya
Selamat Mencuba!
0 comment