بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Salam hari Jumaat. Sibuk sangat hubby sampai lewat malam pun tak pulang kerja lagi. Pergi kerja jam 6.30 pagi, jam 10mlm pun belum pulang. Turun naik tangga, kejap baring, kejap duduk depan tv menunggu hubby. Risau kalau terjadi sesuatu, risau sebab dah malam hubby belum makan, byk la kerisauan dalam kepala ni. Tapi alhamdulillah, hubby pulang dengan selamat. Diharap Tuhan sentiasa mudahkan urusan kami selama tinggal di Sarawak ni. Itu hal semalam, menu semalam jua baru share ini hari. Ayam panggang ni memang world la!!Sedap sangat!!Well, salah satu lagi resepi yang memang sedap diratah. Boleh letak dalam menu berbuka puasa yang akan menjelang tak lama lagi. Aku panggang garing sikit, jadi view tak sama macam sumber yg aku ambil tu..Lagipun buat sikit je, tak la sampai 1 ekor ayam kan..Layan!!
* Resepi: Grilled Chicken in Spiced Yogurt
* Sumber: Potret Kasih
AYAM PANGGANG YOGURT BEREMPAH
Bahan2:-
1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
1 cawan yogurt/tairu
3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
2 1/2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
sedikit perasa jika suka
1 sudu makan serbuk cili
3/4 sudu makan campuran jintan kasar dan halus – ditumbuk
3/4 sudu makan biji ketumbar – ditumbuk
3/4 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1/2 serbuk kayu manis
4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
1 sudu makan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan:-
1. Satukan semua bahan2 di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!

Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.
0 comment