RESEPI

Labu Air Tumis

9:48 AM


Berjaya update!! Fuhh..
Internet tiada lagipun sibuk dengan persiapan nak sambut orang baru.
Dah tak lama.. uhuu.

Berbalik kepada resepi. Alhamdulillah hidangan sebegini memang kegemaran. Cukup berperisa. Cukup segala rencahnya. Mel masak 1/4 untuk seorang saja tapi jenuh juga nak perabih sebiji labu air ni.  Kebetulan masa beli tu tiada saiz kecil. Sebiji harga RM2+. Ada lagi separuh dalam esbok tu. Nanti cuba cari resepi orang lain pula.

Labu Air Tumis
Resepi: mel


Bahan Tumis (hiris):

1 bj bawang merah kecil
1 ulas bawang putih 

Bahan:
1/4 potong labu air - buang kulit dan potong dadu
1/2 sk serbuk lada hitam
Sedikit ikan bilis
1 cawan air
Garam
1/2 sk serbuk pati ayam knorr
Minyak 
2 bj cili padi - ketuk


Kaedah:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga layu.
2. Masukkan lada hitam dan ikan bilis. Kacau.
3. Masukkan air dan labu air. Kacau rata.
4. Tutup dan biarkan labu empuk.
5. Perasakan dengan garam dan pati ayam.
6. Masukkan cili padi dan boleh dihidang.

You Might Also Like

2 comment

  1. mel... dh makan menu berpantang ye. hehe... tun kalau masak air mcm ni wajib ada sambal belacan.

    ReplyDelete
  2. Salam. Dah lama tak singgah blog kak mel

    Lapar pula bila tgk gmbr lauk2 time lunch 😂😂

    ReplyDelete