Sewing

Kain Belacu

9:13 PM


Alhamdulillah ketemu juga dengan kain belacu. Punyalah jenuh mencari. Nak beli online tiada pula yang jual dengan meter. Semua jual sekayu. Next time mungkin boleh beli sekayu kalau nak niaga. InsyaAllah

Btw, kain belacu atau dikenali sebagai calico fabric adalah kain cotton yang belum diproses sepenuhnya, belum diluntur atau dicelup. Sedikit kasar dan berbiji-biji permukaannya. Ada pelbagai jenis, bidang dan gred. Ada yang nipis dan tebal. Ia tidak sama/setebal fabrik canvas atau denim. Anyaman/tenunannya lain sama sekali.


Di Malaysia boleh dibeli di kamdar, nagoya dan jakel. Jual online pun ada dalam group fb. Harga lebih kurang RM4.50 - RM18 semeter. Bergantung pada bidang, ketebalan dan gred.

Yang mel beli ni jenis yang kekuningan, tebal dan berbidang 42inci. Beli di kedai kain biasa di bandar PD dengan harga RM5.50 semeter. Mel nak buat batang bantal/tilam baby. Buat sekali saja biar tahan bertahun-tahun. Penjimatan yang sangat mel suka. hikhikhik.

Tengoklah hasilnya bagaimana nanti.
*Kes terbeliak mata tengok harga set tilam kekabu sangat mahal.-_- *


Oleh kerana fabrik ini kukuh dan lasak, selalunya dibuat beg, langsir, quilt, barut, bengkung, barangan kraf atau batang bantal. Ini antara contoh penggunaan kain belacu hasil carian google.

You Might Also Like

6 comment

  1. Assalamualaikum Mel, salam ukhuwah.. :D

    Ada satu jenis kain lg lebih kurg belacu tp jenis cotton linen. Lembut sikit dr belacu kalau nak buat baju etc pun boleh ..

    ReplyDelete
  2. amboi mak yung... rajinnyer.. kat segamat ada kedai yg buat bantal kekabu. kedai cina kat pasar. mertua tun tempah bantal harith kat sana. dia just beli kain cotton utk buat sarung. pastu suruh tokey tu buat.

    ReplyDelete
  3. aa...dulu mak akak buat batang bantal juga...

    ReplyDelete
  4. batang bantal sekarang jrg guna kain cotton walaupun belacu...semua guna polyster votton dan ada juga terus 100% guna material microfibre tapi bila tye dia dakwa cotton konon...belacu rm6.80 hingga rm16.00 semeter..cotton oxford nah ambik kau rm32.00 semeter..harga kat kamdar tu

    ReplyDelete
  5. boleh kongsi nama fb yang jual kain ni tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. [ Mimpi Production ] - Boleh join group geng gila kain (GGK) & tanya kat situ. Ada ternampak orang tanya hari tu tapi lupa fb mana yang jual.

      Delete