Suka Duka

9:33 AM


Alhamdulillah 2015 diakhiri dengan berita gembira.
Diberi rezeki pindah dan juga insyaAllah bakal menimang cahaya mata pada tahun 2016.

5 bulan pertama memang mencabar dengan alahan dan mabuk.
Masa hadapi memang sukar tapi Allah nak bagi kita kuat jadi kena banyakkan bersabar.
Syukur ke hadrat Ilahi telah memudahkan kami mengharunginya.

Doakan mel dengan baby baik dan selamat segalanya ya.
Dipermudahkan melahirkan dan menjadi ibubapa yang soleh dan solehah.
Juga semoga suami, keluarga dan orang sekeliling dipermudahkan urusan berkaitan

kredit pic: google


Rabu. 27 Jan 2016.
17 Rabiulakhir 1437H.

Pergi selamanya.
Adik perempuan yang dikasihi.
15 tahun 3 bulan Allah pinjam dia pada kami.

Pemergian di saat ibu ayah di kota Mekah.
Jadi setiap orang masih dalam proses menerima.
Redha dengan ketentuan Ilahi namun hati sangat merindui.

Semoga diberi kekuatan untuk kami meneruskan kehidupan.
Semoga musibah ini mendekatkan kami kepadaNya dan antara satu sama lain.
Amin

Al-Fatihah

You Might Also Like

2 comment

  1. Salam ..lama x singgah sini tahniah di atas bakal kelahiran bb x lama lagi..

    Dan mudah2mudahan adik mel ditempatkan ke dlm orang beriman dan soleh.. Salam takziah juga..

    ReplyDelete
  2. Salam Mel... alhamdulillah.. insyaAllah semoga Allah permudahkan semuanya, dan selamat melahirkan zuriat yg sihat sempurna.

    InsyaAllah setiap yg berlaku ada hikmahnya. semoga adik mel ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.

    ReplyDelete