بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Tengahari semalam tak memasak dek kerana menghadiri upacara perkahwinan staf satu pejabat hubby. 1st time menghadiri upacara perkahwinan di Sarawak ni. Well, terfikir juga bagaimana rupa dan keadaannya. Sama atau tidak dengan kita yang duk semenanjung.
Hubby pulang kerja dalam jam 11 pagi. Oleh kerana penempatan di sini jumlahnya agak kecil jadi majlis perkahwinan buat di dalam dewan sahaja. Letak kerusi n makan secara layan diri tp xde meja mahupun khemah segala bagai. Ambil makanan n makan atas kerusi saja. Very simple. Kami datang jam 12.15 tgri. Ingatkan awal lagi rupanya majlis dah nak habis. Makanan pun dah habis. Yang tinggal beberapa kerat orang plus sedara mara pengantin la kan.
Masa kami sampai, kompang sedang di mainkan n this makcik2 i rasa hebat coz boleh nyanyi lagu kawin dgn sangat kuat n semangat.hahaha. Pengantin pulak tengah sesi tangkap2 gambar. Rasanya kami saja yang sedang menjamu selera. Orang lain semua dah habis. Siap ada yang tanya "Kenapa datang lambat?"..Dalam hati mel: lambat sangat ke jam 12tgri baru dtg. hahaha. Kami dijamu air mineral, nasi berlaukkan kari ayam, daging masak kicap n sayur ape ntah namanya. Nak kata rebung bukan tp nampak cam rebung..Yang pastinya rasa semua hidangan tasteless. Mungkin lidah org sini sedap tapi xkena dgn lidah kami kot..
Staf hubby ni org tempatan di sini. Husbandnya tentera n sarawakian jua. Pelamin cantik gak
Last but not least, sesi potong pulut kuning. Kesimpulannya wedding@sarawak atau semenanjung sama sahaja. Mungkin yang berbeza waktu majlis mula/habis. Selain dari hidangan yang berbeza, mungkin cara pengendalian perkahwinan pun berbeza. Cuma yang pasti, telah terjalin ikatan yang sah bagi pasangan yg berkahwin.
p/s: Pic kurang jelas!Malas mau ke depan pentas nak tangkap gambar
0 comment