RESEPI

Rendang Udang Galah

7:52 AM



Assalamualaikum. Di sini memang ada orang jual udang galah. Kalau lihat di pasar ikan tu, memang tak pernah putus stok. Kadang2 sepinggan RM20+ dan kadang2 lebih mahal dari itu. Baru-baru ni lihat selonggok RM40+.

Agak jarang membeli kerana hubby mel kurang gemar. Dia lagi suka udang harimau gitu. Tetiba teringin nak makan jadi belilah selonggok. Memang puas makan. Kebiasaan jika dibeli mel masak lemak cili padi. Kali ni direndang pula. Tak semena-mena hubby dah jadi suka rendang udang galah pula. Sedap ler tu..alhamdulillah

Rendang Udang Galah
Resepi: mel

Bahan-bahan:-
200 g udang galah
1 batang serai - titik
1 batang kulit kayu manis
100 ml santan kotak
100 ml air
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit - hiris
1 kpg asam keping
1/2 sb kerisik
Gula merah
Garam
Minyak

Bahan kisar:-
6 tangkai cili kering - rendam dalam air panas.toskan.
5 bj cili padi
5 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
1 in halia
1 inci lengkuas
1 batang serai

Cara:-
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan serai hingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan udang galah. Gaul serata.
3. Masukkan air dan santan. 
4. Setelah kuah hampir pekat, masukkan daun limau purut, asam keping dan kerisik.
5. Perasakan dengan garam dan gula
6. Setelah mencapai kepekatan kuah yang diingini, tabur daun kunyit.
7. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.


You Might Also Like

3 comment

  1. terliurnya..wana x pernah pula makan rendang udang ni..mesti sedap juga kan mel..

    ReplyDelete
  2. salam mel..

    wana ada buat entri tentang jualan di festival gata tempohari..

    jemput baca, ^_^
    http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/09/booth-jualan-sweet-red-cherry-di.html

    ReplyDelete