Assalamualaikum. Bercakap tentang kek, mel lagi suka kek yang dibakar berbanding dikukus. Mungkin rasa2 hangit, kerak2 gitu menjadi kegemaran. Kek buah yang paling sedap mel makan di rumah bos hubby. Ada rasa biji2 hasil dari almond dan moistnya secukup rasa. Sanggup minta resepi dengan isterinya lagi. Tapi masih belum confident nak buat guna resepi dia..Katanya tak puas hati, kena berguru depan2, tengok dia buat baru tahu macam mana dapat hasil begitu.
Setelah kesekian mencari resepi yang mel rasa puas hati, akhirnya jumpa juga. Alhamdulillah sedaplah sesangat hasil kek ni. Rasa sama dengan kek bos hubby tu.
Mel buat separuh adunan dan dapat agak banyak. Tapi rupanya tak cukup. Laling mel sangatlah suka. Makin lama disimpan, makin sedap. InsyaAllah akan diulang buat lagi. Cuma akan dikurangkan kuantiti gula sebab kismis sudah manis. Selamat mencuba!
Kek Buah versi Bakar
Sumber: cm
Bahan A
2 cawan tepung gandum(.Ayak)
1 tsp baking powder.(Ayak)
1 tsap serbuk soda bikarbonat.(ayak)
3/4 cawan butter.
1 cawan gula perang.
3 biji telur.
1/2 cawan gula pasir-jadikan gula hangus.
Bahan B (Di gaul bersama)
1 3/4 cawan buah-buahan kering campuran
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kismis hitam
1/2 cawan badam flakes
1 tsp serbuk rempah kek - mel tak letak
1/2 tsp garam
1/2 cawan madu
2 tbsp jus sunquick
2 tbsp jus lemon
1 tsp esen vanilla
Cara-caranya:
Gaulkan bahan-bahan B hingga rata dan ketepikan.
Pukul butter dan gula perang hingga gebu.
Masukkan telur satu persatu sambil di pukul sehingga kembang.
Masukkan bahan-bahan yang di gaul tadi dan gaul hingga sebati.
Masak gula pasir sehingga jadi gula hangus dan tuang kan ke dalam adunan kek dan gaul cepat-cepat sehingga sebati.
Sapu butter pada loyang dan alas dengan 3 helai kertas minyak dibahagian bawahnya.
Alas keliling loyang bahagian dalam dengan kertas minyak.dan balut bahagian luar loyang dengan 2 lapisan kertas minyak.Ikat dengan dawai kemas-kemas .Tujuannya agar kek tak cepat hangus.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak lebih kurang 1 1/2 jam.
Setelah kek masak biarkan sejuk atas redai dawai. Kemudian simpan dalam peti sejuk.Potongkan keesokannya. Dengan cara ini kek bertambah moist.
**Mel tak ikut cara resepi ini sangat. Mel buat ikut cara mel biasa buat kek.
**Mel bakar 1 jam 45 minit dalam suhu 150C
**Pastikan anda gaul buah2an campuran, kismis dan badam dengan sedikit tepung gandum sebelum masukkan dalam adunan. Supaya buah2an ini tidak tenggelam di dasar kek

11 comment
wow, kek buah kegemaranku..huhu, lama x buat kek ni..kadang2 bukan apa, malas tunggu masak lama sangat..hee..;-)
ReplyDeletesenang2 nanti sy cuba..hb & family mmg suka kek buah...
ReplyDeleteyg ni moist tak mel?
[ fazianbatrisyia ] - hr pertama bakar moist nya sedang2 saja. Berderai sikit. Bila dh 1-2, mmg moist. Lagi sedap dan padat
ReplyDeleteNmpsk lembap2 kek buah mel...buat cemilan enak sgt kan..
ReplyDeleteSalam..guna bekas kek brp besar ya?
ReplyDelete[ unknown ] - wsalam. H7 W12 L22 cm
DeleteSaya guna resepi ni ye. Thank you in advance 😊
ReplyDeletetq for resepi dear
ReplyDeleteDah cuba saya. Mmg sebiji sebulat jadi.. tq resipi yg mudah sekali.
ReplyDeleteDah try buat guna resepi ni..mmg sedap & moist..especially bile dh smpn dlm peti ais seharian
ReplyDeleteHehe sy dh byk kali buat guna resepi ni..mmg ramai yg ckp sedap sbb moist & rsenye pun sedap..tq awk share resepi nye ye😍
ReplyDelete