Sambutan Aidilfitri 2014

9:36 AM


Assalamualaikum. Alhamdulillah selesai sudah majlis sambutan hari raya aidilfitri tahun ini. Dibandingkan dengan tahun lepas, untuk tahun ini zon Sarawak majlisnya dibuat awal. Jadi masih meriah dan terasa lagi hari lebaran tu.


Majlis bermula seawal jam 3 petang dan berakhir lebih kurang jam 6. Biasalah permulaan majlis dengan bacaan doa dan ucapan keselamatan dahulu. Kemudian terus dengan santapan. Ada mee kolok, ais krim, sate, rendang, abc, kek lapis dan macam2 lagi. Cuma tak terambil semua saja, dek kerana ramai orang kan. Jadi makan apa yang ada.


Sambil2 makan tu, dihidangkan dengan hiburan nyanyian dari executive dan kumpulan tarian tempatan. Tak lupa upacara memberikan duit raya kepada semua kanak2 yang hadir juga anak2 yatim yang dijemput khas.


Sesi bergambar haruslah tak tinggal bukan? Buat kenang-kenangan


Dan juga ada cabutan bertuah untuk semua staf, executive dan pekerja. Tahniah lerr pada nama2 yang bertuah tu ye. Yang ni bos hubby, dapat jugalah cabutan bertuah beg golf satu. Senyumm lebarrr balik dari majlis. uhuu


Moga tahun depan kami meraikan sambutan aidilfitri company di semenanjung pula. amin
'Mohondipindahkancepat'.

You Might Also Like

1 comment