KUIH

Wantan Goreng

12:02 PM



Menu wantan goreng pula. Ini kes kelaparan satu petang tu. Jadi bahan2 memang tak sukat bagai. Mel campur2 ikut suka hati lepas tu rasa. Alhamdulillah sedap dan laling pun suka.

Kulit wantan ni pabila digoreng memang cepat hangit maka inti tu tak boleh lah yang kena masak lama kan. Jadi ayam tu mel dah siap sedia dimasak. Nak buat ni memang bercinta. Kulit wantan tu sangatlah mudah terkoyak. Sudahnya mel lipat dua saja. hihii


Wantan Goreng
Resepi: mel

Bahan-bahan:
Kulit wantan
Minyak Gorengan

Bahan inti:
Kobis - hiris nipis
Bawang besar - cincang
Lobak - hiris nipis
Sos tiram
Minyak bijan
Dada ayam

Cili besar - cincang
Garam
Lada hitam
Daun sup

Kaedah
1. Dada ayam dilayur/panggang seketika hingga masak. Angkat dan cincang
2. Satukan ayam dengan semua bahan inti lain. Kacau rata. Perap sebentar dalam 5-10 min.
3. Kautkan inti ke kulit wantan dan lipat/gulung seperti yang diingini. Cantumkan hujung kulit dengan sedikit air.
4. Goreng hingga keperangan. Boleh dihidang bersama sos cili kegemaran.

You Might Also Like

3 comment

  1. [ Puan ImanFarizul ] - kulit wantannya memang instant. Mel beli kat family store. Ada yang halal ^^

    ReplyDelete