KUIH

Donut Ball

9:11 AM


Assalamualaikum. Mari kita mendonut lagi. Suka sangat dah mel makan donut sekarang ni. Buat banyak2 dan frozen kan sahaja. Nak makan goreng. Malas masak pun goreng donut je. Pastu tabur gula. Senang.

Macam biasa mel masukkan semua bahan dalam breadmaker. Mudah kerja. Doh ni sangat lembut dan sangatlah melekat di tangan. Mel guna acuan memang tak jadi. Mencabar dan menduga kesabaran betul. Akhirnya mel bulat2kan saja ikut kaedah buat bebola daging supaya permukaannya licin. Alhamdulillah menjadi. Dah sejuk pun tetap lembut. Sedap lah! Syukur alhamdulillah.


Donut Mudah
Sumber: Mamasya

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara
1. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
6. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut) atau utk buat donut bulat spt di atas lepas adunan rehat 45 min. bentukkan donut bulat2..kena letak byk tepung gandum ditangan masa bulatkan.rehat kejap.dah naik licin je bentuk donut...barulah digoreng.
7. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.
8. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..

You Might Also Like

4 comment

  1. sedapnya....sy pon dah try resepi ni. cuma belum ulang buat. mel guna BM brad apa ye?

    teringat2 bulan puasa aritu beli donat sedap kat bazar. puasa sume teringin. napsu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun teringin nak mkn semua kalau puasa. Mel guna BM jenama Kenwood kak. Beli kt senheng.

      Delete
  2. Eh...weken lepas pun buat donut...:) tp donut x ball la...biasa tu je...lpas tu smuanya difrozenkan...buat bkal anak2 skolah...hehe...

    ReplyDelete
  3. dah lama x makan donut buatan sendiri..malam2 datang sini tengok donut jadi lapar pula..huhu

    ReplyDelete