AYAM

Roti Jala & Kari Ayam

7:15 AM


Assalamualaikum. Satu lagi menu yang sesuai untuk jamuan berbuka puasa. Memang sedap. Mula2 belajar buat memang tak reti. Bila dah banyak kali buat, makin mudah jadinya. Tapi tetap ambil masa yang lama nak buat ni walaupun bahannya tak susah mana.

Lagi bagus kalau ada yang menolong. Seorang buat rotinya dan seorang buat karinya. Kalau betul timingnya, dua2 masak sekali dan boleh hidang terus. Tak gitu? Resepi ni memang sedap. Hubby mel sangatlah suka. Alhamdulillah

Roti Jala
Sumber: yatie

Bahan2:

3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)

Cara2nya
1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat dan masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
7. Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda.


Kari Ayam

Bahan2:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
3 biji kentang ~ didadu kasar
1 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
1 cm halia*
tumbuk halus bahan2 bertanda*)
4 sudu besar rempah kari ayam#
2 sudu kecil serbuk cili#
sikit saja air asam jawa#
(campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
1 kotak santan segera/secukupnya santan
air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
sikit minyak

1 tangkai daun kari - mel tambah
garam dan perasa secukupnya

Cara2
1. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk dan bahan campuran rempah serta daun kari. Kacau2 dan biar hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih dan ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.(mel masak lama juga tunggu kuahnya betul2 pekat)
3. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja kegemaran anda.

You Might Also Like

2 comment

  1. sedapnya...lama jugak sy tak menjala.

    ReplyDelete
  2. wah, sedapnya..wana pun suka makan roti jala ni..tapi, belum pernah lagi buat sendiri..selalu beli ja..hihi.

    ReplyDelete