بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Semalam adalah hari gaji pekerja di sini, jadi pulangnya hubby agak lewat sedikit namun alhamdulillah pulang dengan selamat. Kuhidang dengan nasi lobak merah dan ayam risa, bertambah nasinya. Ku tanya berapa gred diberi, katanya 9/10. Aku memang suka dia memberikan gred akan setiap masakanku, agar ku tahu mana hidangan yang sedap di lidahnya, maka boleh ku ulang masaknya lagi.
Oh ya, nasi ni memang selalu ku buat guna resepi yang sama, jadi ku ulang tayang saja di sini. Sebelum ni gandingannya ayam bistik yang sedap tu tapi kali ni dengan nyonya chicken@ayam risa. 1st time ni dengar namanya, tapi memang sedap. Kalau dah namanya letak bawang goreng dan daun limau purut, masak apa pun sedap. Kelainan daun limau purut rumah aku ni, baunya tak kuat, baunya light macam mint sahaja. Sangat wangi. Pindah nanti harus ku angkut sekali dengan pokok limau ni. haha.. Layanla resepi.
Nasi Lobak Merah
Sumber : Ayu Curlybabe's Satisfaction
Bahan-bahan:- (Sukatan 2 orang)
Sumber : Ayu Curlybabe's Satisfaction
Bahan-bahan:- (Sukatan 2 orang)
- 1kg beras beriani ( 1 1/2 cwn)
- 6 biji lada hijau dipecah2 (1 biji)
- 1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar2
- 1 cawan minyak kacang (2 sb)
- 1 sudu besar minyak sapi (1 sb)
- 3 batang lobak diparut (1 batang)
- 300g buah tomato dipotong halus (4-5 bj mini tomato)
- *6 biji bawang putih ditumbuk halus (2 bj)
- *2cm halia ditumbuk halus (1 cm)
- 2 biji bawang besar dihiris (1/4 bj)
- 4cm kayu manis ( 2 cm)
- 3 biji buah pelaga (1 bj)
- 3 biji bunga cengkeh (1 bj)
- garam
Method:-
1. Sukat air 1,100ml lalu ketepikan dulu.
2. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang.
3. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing.
4. Lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air.
5. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak-(saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).
1. Sukat air 1,100ml lalu ketepikan dulu.
2. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang.
3. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing.
4. Lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air.
5. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak-(saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).
Nyonya Chicken/Ayam Risa
Sumber : SBK
Bhn²
Sumber : SBK
Bhn²
5 ketul peha ayam_d potong kecil2
1 kotak kecil (200 ml) santan
1 tbsp jus limau nipis
3 tbsp bawang goreng
2 helai daun limau purut
3 tbsp cili kering kisar _ ( jika suka pedas boleh jer d tambah yer )
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit air jika perlu
Minyak untuk menggoreng
Bhn² Perap
1 kotak kecil (200 ml) santan
1 tbsp jus limau nipis
3 tbsp bawang goreng
2 helai daun limau purut
3 tbsp cili kering kisar _ ( jika suka pedas boleh jer d tambah yer )
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit air jika perlu
Minyak untuk menggoreng
Bhn² Perap
Serbuk kunyit
Gula
Garam
2 helai daun limau purut
Bhn² Kisar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas _ ( resipi asal tak bubuh lengkuas yer )
2 batang serai
5 biji buah keras
Cara²
1. Perap ayam bersama bhn² perap selama 30 minit.. Kemudian goreng sehingga ayam masak.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.. 2. Panaskan sedikit minyak d dalam kuali.. Kemudian tumis bhn² kisar bersama cili kering kisar sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan daun limau purut dan biarkan seketika.
4. Tambahkan santan, sedikit air jika perlu, jus limau nipis, gula dan garam secukup rasa.
5. Setelah mendidih.. boleh ler d masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
6. Masukkan bawang goreng dan gaul.. Sesuaikan rasa.
7. Setelah pekat boleh ler d angkat dan sedia untuk d hidang.
1 comment
wow..sedapnya.. perut tgh lapo n i..
ReplyDelete