بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Hari ni hubby cuti, so leh masak special sikit. Nak masak tak susah tapi part susah ialah nak make sure masakan tu sedap. Bukan setakat sedap di tekak sendiri tapi tekak orang lain gak. Alhamdulillah, mencuba resepi Nasi Lobak Merah dengan Ayam Bistik ni memang tak menghampakan. Sedap dimakan panas2 dan tak muak. Habis licin makan 1 pinggan. Macam biasa aku ada edit2 sikit untuk hidangan 2 orang sahaja. Kalau yang baru nak cuba tu, memang disyorkanla coz memang sedap!
- 1 ekor ayam sederhana (dipotong dan digoreng biasa hingga 3/4 masak)
- 2 batang serai (dititik)
- 50 g rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili (dibancuh dgn air)
- 100 g puri tomato
- 2 biji tomato (dibelah 4)
- sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
- rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
- 1 sudu makan kicap pekat
- 2-3 sudu makan kicap manis
- 3 sudu makan sos cili
- garam
- kacang peas - jika suka
Bahan-bahan mesin :
- 7 biji bawang merah
- 2 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
Cara-cara :
1. Tumis rempah 4 sekawan, serai dan bahan-bahan mesin hingga terbit bau. Kemudian masukkan bancuhan rempah beriani. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
2. Masukkan puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.
3. Setelah itu, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup. Gaulkan sebati hingga masak. Masukkan tomato dan kacang peas.
4. Hidangkan.
NASI LOBAK MERAH
Sumber : Ayu Curlybabe's Satisfaction
Bahan-bahan:- (Sukatan 2 orang)
Method:-
1. Sukat air 1,100ml lalu ketepikan dulu.
2. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang.
3. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing.
4. Lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air.
5. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak-(saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).
Sources:-From Aini Salim@ resipi ceria keluarga
Sumber : Ayu Curlybabe's Satisfaction
Bahan-bahan:- (Sukatan 2 orang)
- 1kg beras beriani ( 1 1/2 cwn)
- 6 biji lada hijau dipecah2 (1 biji)
- 1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar2
- 1 cawan minyak kacang (2 sb)
- 1 sudu besar minyak sapi (1 sb)
- 3 batang lobak diparut (1 batang)
- 300g buah tomato dipotong halus (4-5 bj mini tomato)
- *6 biji bawang putih ditumbuk halus (2 bj)
- *2cm halia ditumbuk halus (1 cm)
- 2 biji bawang besar dihiris (1/4 bj)
- 4cm kayu manis ( 2 cm)
- 3 biji buah pelaga (1 bj)
- 3 biji bunga cengkeh (1 bj)

0 comment