AYAM

Rendang Ayam Gaharu & Pulut Kuning

4:17 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Menjamu pulut kuning dengan rendang la pula ye. Hari tu pulut kuning bersama kari ayam yang memang best resepinya. Rendang ni masak untuk malam tadi, jadi memang saja buat banyak sebagai sarapan. Memang sedap pagi2 menjamu hidangan ni. Pandai2 la ye agak kalau nak buat rendang sikit je. Tak boleh masak banyak2, nak makan 2 orang. Lagipun hidangan ni agak muak jika makan dalam kuantiti yang banyak. Tak lupa badan yang mudah masuk angin tu, kurang2kan makan pulut ye. Kalau sesekali tak pe la kot.uhuhu..Layan resepi ye


 PULUT KUNING

Resepi: Kak Ummi

Bahan:- (sukatan 2 orang)
1 kilo beras pulut (1 cawan)
(*rendam semalaman/selama 4-5 jam dengan serbuk kunyit dan 2 keping asam gelugur)
2 cawan santan pekat (1 cwn)
3 helai daun pandan (ganti daun pisang)
 2 sudu kecil garam halus (1sk)

Cara Memasak:-

1. Masak air dalam periuk kukus biar didih. 
Sementara itu, buang air rendaman pulut dan basuh sekali lagi pulut. 
2. Masukkan perlahan-lahan dalam periuk kukus (berlubang) dengan di alas daun pandan bersilang-silang. 
3. Kukus pulut selama lebih kurang 30 minit/hingga pulut kelihatan kembang. Balik-balikkan pulut satu kali semasa pertengahan kukus. Sementara itu, dalam bekas lain, masukkan santan dan garam, kacau rata.
4. Bila pulut telah kembang, perlahankan api dan angkat pulut, tuang dalam bekas besar, masukkan santan tadi sedikit demi sedikit, kacau rata. 
5. Masukkan sekali lagi dalam periuk kukus berlubang dan kukus sebentar (-+ 5 minit). 
6. Angkat dan ratakan pulut dalam periuk lain, dan letak sebentar atas api paling kecil selama -+ 10 minit.
7. Hidang



RENDANG AYAM GAHARU
Resepi: Mat Gebu

Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
  • 3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
  • 500 ml santan
  • 2 camca besar kerisik
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 camca besar rempah kari
  • 1 1/2 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus :-
  • 1 bj bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 inci belacan
  • 5 batang serai, hiris halus
  • 1 inci kunyit hidup
  • 25 biji cili padi siam (akak letak 20 bj. je)

Bahan Tumis :-
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus

Cara Memasak :-
  1. Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
  3. Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...

Selamat Mencuba

You Might Also Like

0 comment