AYAM

Pulut Kuning & Kari Ayam

10:54 AM

Assalamualaikum. Teringin lagi punya pasal. Duk jauh ngan mommy kan, jadi semuanya kena la masak/buat sendiri. Kari ayam ni sangat la sedap. Cukup rempah dan rasanya. Kesedapan resepi kari ayam ni menyebabkan aku selalu buat kari ayam. Kalau dulu memang tak berapa nak makan kari ayam tapi sekarang sudah jadi kegemaran pula.

Resepi: Tulip77

KARI AYAM

Bahan-bahan ( 8 org )

  • * Bahan dikisar halus *
  • 20 tangkai lada kering
  • 4 biji lada besar merah
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit
  • * Bahan disangai dan dikisar sekali*
  • 1 1/2 sb ketumbar
  • 1 sb jintan halus
  • 3 biji buah keras
  • * Bahan yang lain *
  • 1 ekor ayam potong 12
  • 1 labu bwg besar dimayang
  • 2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
  • rempah tumis 4 beradik
  • 1 sk halba
  • 1 sk biji sawi
  • 1 cwn santan pekat dan 2 1/2 cwn santan cair
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji ubi kentang
  • 1/4 cawan minyak utk menumis
  • garam,gula dan serbuk perasa 

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit
  2. Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan  ubi kentang. Gaulkan ayam dan kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.
  4. Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
  5. Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
  6. Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.

Resepi: mel

PULUT KUNING KUKUS

Bahan:
1 cwn beras pulut
1 cwn santan
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1 helai daun pisang

Kaedah:
1. Panaskan pengukus.
2. Letakkan daun pisang di dlm pengukus. 
3. Masukkan garam dan kunyit dlm santan
3. Masukkan beras pulut di atas daun pisang dan santan secara sedikit-sedikit.
4. Tutup seketika.
5. Masukkan lagi santan jika tidak mencukupi. Kacau sebati.

You Might Also Like

0 comment