Info

TIPS | Penjamin vs Peminjam

8:46 AM

Bual bicara MHI tentang penjamin & peminjam memg membuka minda sy k.
Aku pn tak berapa tahu aku punya hak-hak.
Alhamdulillah, ada sedikit ilmu dipelajari hari ini.
Kepada peminjam, mesti fikir tentang risiko kepada keluarga, kerja & perniagaan.
Boleh diistiharkan bankrap kalau salah langkah k.
Ada beberapa benda kita kena tahu k.

 *****************************

Sebelum sain@tandatangan surat perjanjian, penjamin MESTI TUKAR klause perjanjian:

1. Had Masa
Dlm klause - menjamin pinjaman pelajaran seorg pelajar dlm tempoh 10 thn. 
Ubah kepada - menjamin dlm tempoh 5 thn @ sepanjang tempoh pengajian pelajar tersebut sahaja.

2. Had Jaminan
 Dlm klause - Menjamin RM100,000 @ keseluruhan pinjaman
Ubah kepada - menjamin RM10,000 sahaja. Jadi peminjam mesti mencari 9 org lagi penjamin utk mencukupkan jumlah sebenar RM100k. Lagi byk penjamin lagi bagus

***************************** 

MESTI TAHU!

1. Perjanjian perlu dibuat dlm bahasa yg difahami - Bank sekarang mesti ada bahasa alternatif. Kalau tak paham English, boleh mintak klause perjanjian dlm Bahasa Melayu.

2. Pihak bank mesti/boleh menawarkan flexibility bg peminjam yg tak mampu bayar - 5 thn dh byr RM500/month tp sbb ekonomi meleset, xmampu byr. Pihak bank mesti tawar bayar RM200/month & bukan memaksa pemnjam bayar gak RM500.

3. Bank tidak boleh melayan peminjam n penjamin sama rata. Pabila timbul peminjam tidak melunaskan bayaran, pihak bank mesti mencari peminjam dahulu dlm apa jua cara (telefon, surat, istihar bankrap) bukannya terus cari penjamin suruh bayar k.

***************************** 

Bagi yg dh salah langkah, boleh disabitkan tidak bersalah jika dpt dibuktikan:

1. Tidak mampu - Gaji setakat RM3000/month tp menjamin pinjaman berjuta-juta.
2. Ada klause2 yg tidak diberitahu. Hidden klause.
3. Diperdaya oleh pihak bank @ peminjam.
4. Dipaksa oleh pihak bank @ peminjam.

***************************** 

Nasihat:

1. Melihat siapa yg dijamin. Limitkan kepada ahli keluarga sahaja.

2. Baca perjanjian dengan teliti. Limitkan tanggungjawab (Had masa & jaminan). 

3. Kalau dh tandatangan perjanjian tp rasa salah langkah, penjamin boleh memaklumkan pihak bank utk withdraw dgn syarat penjamin/peminjam mencari org yg setara utk jd penjamin.

*****************************

Lebih lanjut boleh layari web peguam tersebut ya. ^_^
www.khairulgroup.com

You Might Also Like

0 comment