KUIH

Lempeng Pisang dan Ayam Goreng Kari

9:16 AM

Pagi yang sangat sejuk. Hujan sebelum subuh lagi. Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Jadi, hari-hari seterusnya pun diharapkan hujan gak. Suka betul suasana hujan tapi tulah aku ni bukan tahan sejuk. Sakit sana, sakit sini badan aku masuk angin sejuk. Pagi-pagi pekena lempeng pisang memang best. Rasanya sama je macam cekodok pisang tapi yang best nya tak guna minyak. Aku ni memg pantang makan makanan terlalu berminyak pagi-pagi buta ni. Loya lah, nak muntah pun ada, muak. Buat lempeng pun sebb nak perabis pisang yang dah lembek tu. Rupa memang tak cun tapi rasanya memang sedap!

Resepi: mel

LEMPENG PISANG

Bahan-bahan
5 bj pisang emas yang dah masak
4 sb tepung gandum
5 sb gula
1 sk garam

Kaedah
1. Lecek pisang dlm bekas sampai hancur
2. Masukkan tepung gandum, gula dan garam
3. Masak dalam api sederhana di dalam kuali non stick
4. Angkat pabila permukaan lempeng sedikit garing

Tengahari pula masak ayam goreng rempah dengan daun kari. Harum seberbak daun kari.. Selera je makan nasi walaupun makannya berdua saja. Tapi sekurang-kurangnya punya teman.

 Resepi: mel

AYAM GORENG REMPAH BERDAUN KARI

Bahan-bahan
2 ketul ayam
Segenggam daun kari - digunting halus
2 sb tepung beras
2 sb tepung ayam adabi
1 sb serbuk kari daging
1 sb serbuk ketumbar
Garam
Kunyit

Kaedah
1. Gaul ayam yang telah dibersihkan dengan semua bahan kecuali daun kari.
2. Goreng ayam hingga keemasan dalam api yang sederhana
3. Setelah hampir masak, masukkan daun kari dan kacau rata untuk seketika
4. Angkat ayam bersama daun kari

"Tips"
~ Masak daun kari sekejap sahaja kerana mudah hangit.
~ Boleh juga masukkan sedikit cili giling untuk rasa lebih rempah.

You Might Also Like

0 comment