TTC

Tips Mendapat Zuriat

8:21 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Menonton rancangan Al-Kuliyyah semalam dengan topik Keluarga Bahagia. Banyak info boleh diambil dari setiap isu yang dibincangkan tapi yang paling penting tentang isu tiada zuriat. Ada tips yang diberi untuk memperolehi zuriat/anak ni. Mungkin ramai yang dah tahu tips ni, mel pun dah lama tahu cuma yang tak tahu ialah sebabnya saja.

Tips mendapatkan anak:
1. Suami ambil segenggam kurma, isteri juga, dibuang bijinya dan di blend/kisar dengan susu kambing original. Setelah itu diminum. Buat sekali seumur hidup

2. Amalkan membaca surah Mariam ayat 1 -12.

Mungkin ada jin yang mengganggu rahim, sebab tu susah dapat anak. Jin tak suka pada susu kambing, sebab itu disuruh minum susu kambing. Kurma pula memang diketahui ramai khasiatnya. Kurma juga sebaik2nya diamalkan untuk dimakan setiap hari.

Bagi yang dah ada anak tu, jaga anak elok2, bagi didikan agama elok2. Anak adalah amanah, nanti akan ditanya di akhirat kelak. Kami pun sedang mencuba, tp celah mana nak cari susu kambing original kat Sarawak ni. Kurma pun memang tak jumpala. Nampak gayanya memang kena tunggu puasa nanti baru nak buat tips ni. Buat masa sekarang hanya amalan membaca ayat di atas saja boleh dibuat. Bagi yang belum mendapatkan zuriat, banyakkan bersabar. Yang penting sokong sesama sendiri, suami bagi semangat pada isteri, isteri bagi semangat juga pada suami. Jangan dok fikir sangat tentang apa orang sekeliling tanya or kata. Yang penting kita jaga rumahtangga elok2 n bahagia suami isteri. InsyaAllah, sama2 kita cuba, doa banyak2 dan tawakal padaNya. Amin ^_^

Update 1 Oct 2012:
Memandangkan aku balik Ramadan hari tu semua penjual cuti, memang tak jumpa langsung susu kambing original. Sudahnya aku beli higoat ni secara online saja pos terus ke Sarawak. Aku memang tak suka langsung minum susu. Tapi higoat ni aku boleh telanlah sikit-sikit. Hubby memang seksa sangat nak minum walhal hubby penggemar susu. Semuanya sebab bau susu ni agak kuat. Apapun kalau nak dapat anak, susah payah haruslah cuba juga kan. Hahaha.. Korang cubalah ye beli. Aku baca di forum2 ada pasangan yang minum ni, mengandung setelah 2-3bulan amalkan. Tapi kena ingat bukan susu ni yang buat kita dapat anak tapi rahmat Allah s.w.t.

You Might Also Like

0 comment