IKAN

Ikan Siakap Bakar Berempah Woku

10:15 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Setiap hari mencuba resepi yang berbeza. Memasak ni seronok jika kena gayanya. Yelah, time nak masak, time tula anak2 nak merengek, tunggang langgang la masakan. Kuali ke mana, anak pun ntah ke mana kan. Resepi ni ramai dah cuba. Rata2 memang mendapat respon positif. Mula2 macam pelik dengar namanya tp bila dah masak time nak makan tu, perghhhh ikan siakap ni punya bau sangatla sedap!! Baru cium bau dah sedap, belum lagi rasanya. Paling best aroma ikan dibakar, sangat2 menyelerakan. Sedap dimakan bersama nasi mahupun diratah. Memang sedap sgt. Silala cuba ye. Memang tak rugi !! Aku c n p tuan punya resepi je. Akak ni siap tulis note sangat sedap lagi. Tapi memang sedap pun!

IKAN SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU
(*note: sangat sedap)
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*xletak)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*xletak)
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*x bakar )
  • 2 cm halia

Bahan Pelengkap:-
  • Daun senduduk secukupnya (xletak)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih (xde)
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.

You Might Also Like

0 comment