DAGING

Rendang Daging Minang

12:31 PM


Salam hari raya aidiladha untuk semua.
Juadah pagi ni mel masak cornflakes madu, kuah kacang, nasi impit dan rendang daging minang sahaja. Laling bekerja jadi buatnya sikit sahaja. Alhamdulillah sangat menepati selera kami. Sangatlah sedap.

Cuma mel terlebih letak santan jadinya warna kuning daa..
Macam biasa mel tumis dulu rempahnya. Yang lain2 ikut cara biasa kita masak rendang.

Ini kali pertama mel masak rendang daging guna cili padi. Selama ni guna cili kering sahaja.
Memang ada kelainan. Bagi penggemar makanan pedas, resepi ini memang patut dicuba!

RENDANG DAGING MINANG
Rujukan : Masam Manis

Bahan

600 gm daging batang pinang
40 gm kerisik
4 helai daun limau perut ~ di siat-siat
2 helai daun kunyit ~ di mayang halus
garam dan gula secukup rasa
1/2 liter santan
1 keping asam keping
1 buku gula melaka

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 inc kunyit hidup ~ kisar
1 inc halia ~ kisar
2 batang serai ~ kisar
1/2 inc lengkuas ~ kisar
15 tangkai cili padi ~ kisar

Satukan semua bahan kisar di dalam kuali bersama santan dan masak sambil di kacau rata
Bila dah didih masukkan daun limau perut dan daun kunyit
Masak hingga harum
Masukkan daging dan biarkan ia merenih dan daging empuk ~ jika tidak guna daging batang pinang, daging hendaklah di rebus dahulu
Masaklah hingga kuah mendidih
Perlahankan api, masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa dan juga kerisik
Perlahankan api dan biarkan kuah masah hingga pekat
Sedia di hidangkan

You Might Also Like

4 comment

  1. Salam singgah lamanya x jenguk2sini. Selamat hari raya aidiladha..samala kat sini pun biasa2 jer.. Sedapnya nya rendang daging .. Menu hari ni x buat rendang daging

    ReplyDelete
  2. Salam mel.. alahai.. dh duk semenanjung pon xbalik raya kat kg ye.. xpe la, asal jiran2 keliling ramai org melayu kan,

    ReplyDelete
  3. assalam mel
    lama su ke mari tp tiada update...
    sihat ke ?

    nice sharing blh cuba nanti

    ReplyDelete