Assalamualaikum. Itu hari menjengah ke hospital atas niat lain. Mahu ke klinik o&g. Sementara mel menunggu, hubby ke klinik pakar tulang. Untuk periksa pergelangan tangan. Setelah doktor xray semua, dikenalpasti sakit di tangan adalah Carpal Tunnel Syndrome (CTS) dan doktor suruh bedah saja jam tu. Kebetulan OR kosong dan doktor pun ada masa. Alhamdulillah tepat2 urusan mel habis di klinik o&g, hubby baru nak masuk OR. Sekarang dalam proses penyembuhan
Apa itu CTS?
Carpal tunnel syndrome is a hand and arm condition that causes numbness, tingling and other symptoms - mayo
Sejak bila hadapi?
Setahun yang lalu. Cuma sebulan ini (Mac 2015) lebih kerap sakit.
Sakit bagaimana?
Rasa kebas, rasa kejutan elektrik, lenguh, sakit dan sengal. Sentiasa rasa.
Sakit di mana?
Tangan kanan. Atau secara tepat dari hujung jari hingga ke pergelangan tangan.
Macamana tahu hidapi cts?
Penggunaan ubat tak berkesan, Rehatkan tangan dan urut pun tak sembuh. Jumpa doktor, doktor inform bahawa urat tersepit. CTS bahasa tepatnya.
Apa punca?
Pengulangan kerja menggunakan tangan tanpa rehat. Semua orang boleh hidapi. Seperti orang menjahit, bermain badminton dan sebagainya. Dalam kes suami mel ni puncanya adalah komputer. Penggunaan mouse dan keyboard yang berterusan.
Sakit tak bedah?
Tak. Dibius.
Lepas bedah sakit tak?
Tak. Sakit datang selepas 4-5 jam. Tak boleh gerak sangat. Pegang pen pun tak boleh. Sebarang pergerakan akan sakit.
Berapa lama bedah?
15min. Itu hari masuk OR jam 11pg dan keluar jam 11.40pg.
Ubat?
Diberi ubat tahan sakit dan antibiotik
Kos rawatan?
Mel buat di hospital panel. Jadi semua bil masuk dalam GL. Alhamdulillah
Proses sembuh?
Dalam masa 2 minggu tak boleh kena air. Berbalut tangan. Selepas 2 minggu barulah benang jahitan dibuka. Dan barulah boleh kena air. Doktor pesan kena selalu gerak2 jari. Walaupun sakit kena gerak2. Supaya aliran darah lancar. Tapi hubby kurang gerak2an disebabkan sakit jadi dalam tempoh seminggu pertama semua jari bengkak. Masuk minggu kedua baru surut, setelah dituam dan diurut.
Solat?
Haruslah tayamum dalam proses tangan berbalut ni. Ambil wuduk macam biasa di tempat boleh kena air, dan tayamum saja di tempat tak boleh kena air. Untuk maklumat terperinci boleh google ustaz don punya video topik tayamum.
Pantang?
Ya. Mel elakkan makanan seperti udang dan telur, Dikhuatiri luka gatal. Banyakkan fresh fruit and vege. Oleh kerana tangan kiri saja boleh digunakan, maka terbatas sedikit semua yang nak makan. Mel masak makanan yang mudah seperti pizza, bubur, nasi/mihun/mee goreng/sup. Kalau yang susah, nak potong2 macam ayam/daging, mel dah siap carik2 untuk hubby. Biasanya mel makan dulu then baru layan hubby ataupun sambil makan sambil suap hubby. Jadi kalau nak buat pembedahan ni, make sure ada orang pantau dan jaga. Memang dalam masa proses sembuh ni, tangan yang dibedah langsung tidak boleh digunakan.
Adakah CTS akan berulang?
InsyaAllah tidak.
Tempoh sembuh
Buat masa sekarang masih sakit lagi dan masih tidak boleh digunakan. Nanti mel update lagi entri ni tempoh sembuh dan hilang terus sakitnya bila.
Nasihat
Setelah bedah, memang akan rasa tak berupaya. Nak tidur sakit, nak buat kerja pun tak boleh. Tahap tak selesa tu memang maksima. Umpama hilang sayap sebelah. Bagi pasangan atau keluarga, banyak2 bersabar. Mak mel pesan sebenarnya ini dugaan untuk pasangan juga, dugaan kecil sejauh mana kita bersabar dalam menjaga orang yang sakit. Melatih diri. Mensyukuri dua tangan yang Allah beri. Tangan pun boleh stress tau bila buat kerja tak rehat. hihii. Moga cepat sembuh
6 comment
OO BARU TAHU.. bahaya jugak kes macam ni lebih2 lagi orang dok asyik main keyboard ni kan huuu..sabar ya .. ujian Allah.. untuk kita .. semoga cepat sembuh ..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ye :) singgah petang ke sini Mel :)
ReplyDeleteMoga diberi kesembuhan segera..Aamiiin
ReplyDeletesmga dah kembali pulih seperti sedia kala
ReplyDeletemmm, saya pon selalu la terasa skit seperti yg sis kata tu.hannya dipergelangan tangan..
hri tu mak kawan pon ada operate juga..
kalau operate mncabar juga
rasa mcm g check la.
andai seperti ini mmmm.. mcm mna ye..dgn rania lagi skrg..
Saya skrg tengah mengalami CTS ini mmg ada masa sakit dia mmg tak boleh tahan bisa sgt, mcm kita pegang ais lama² camtulah sakit dia...
ReplyDeleteCuba buat fisio tapi tarikh dibatalkan & belum terima tarikh baru, kalau tak dpt tarikh baru utk fisio saya redha je utk operate...
Dah x larat nak tanggung time sakit dia dtg😭
Husb dah operate tapi tetap tak jaga kawasan operate tu elok2. Terlampau busy dengan kerja. Jadi kadang2 datang balik sakit tu.
DeleteOperate ke tidak tn/pn kena disiplin jaga kawasan yang sakit tu. Dah operate kena jaga tak boleh lasak2 sangat. Tak operate kena rajin buat fisio. Tetap tak boleh lasak juga.