بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Baru semalam aku berkongsi tentang bahaya dalam LRT tetapi pagi ni aku dikejutkan dengan berita rumah rakan baikku dimasuki pencuri. Alhamdulillah rakanku tiada apa-apa. Pencuri hanya sempat memegang tangan rakanku yang tengah tidur tetapi lari selepas rakanku menjerit. Dia masih trauma. Doaku agar diberi untuknya kekuatan untuk tabah dan redha akan segala ketentuan Ilahi.
Petang semalam hujan lebat selepas 2-3hari suhu sekitar panas yang melampau. Duk bawah kipas pun terasa bahang panasnya. Apatah lagi keluar rumah, peluh menitik saja dalam baju. Tengahari semalam pembantu rumah ni mencabut ubi kayu di laman rumah dan agak banyak hasilnya. Syukur alhamdulillah. Walaupun mood memasak tiada tapi kugagahkan juga menggoreng ubi kayu ni dek kerana lambaian ubi kayu yang meminta digoreng di samping perut yang berkeroncong. Lambaian yang sangat menggoda aku..ewahh.. Cuba korang bayangkan ubi kayu goreng cicah gula merah bersama air panas dalam kesejukan hujan lebat....memang mengancam.. Kalau rebus masak makan dengan ikan masin sepat/sambal ikan bilis lagilah sedap..mungkin hari ni baru ku buat kot..hihi
Ubi Kayu Goreng
Bahan-bahan:-
Ubi kayu
Garam
Minyak gorengan
Kaedah:-
1. Potong ubi kayu mengikut kesukaan. Buang uratnya. Bersihkan dan lumur dengan sedikit garam.
2. Goreng hingga kekuningan dalam minyak terendam.
3. Hidang bersama gula merah/melaka atau sambal ikan bilis.
Bahan-bahan:-
Ubi kayu
Garam
Minyak gorengan
Kaedah:-
1. Potong ubi kayu mengikut kesukaan. Buang uratnya. Bersihkan dan lumur dengan sedikit garam.
2. Goreng hingga kekuningan dalam minyak terendam.
3. Hidang bersama gula merah/melaka atau sambal ikan bilis.
5 comment
sedap nyer.....ni nak p cari ubi kayu nie...
ReplyDeletetula...tak boleh menolak kalau bab ubi kayu ni..kena p cari juga..hihi ^^
ReplyDeletepokok ubi kayu yg tun tanam nihh lagi 6 bulan baru blh tarik ubi dia.. huhu... aritu ada org kasi ubi kayu dgn semangatnyer merebus, tp dh tua n masuk angin rupa2nye, xleh nk mkn pon dia jd keras. sungguh tragis.. feveret ubi kayu rebus cicah kelapa parut yg gaul ngan garam gula, pahtu ada ikan masin. perghh... menitik air liur..
ReplyDeletesedap nyer....nak jugakkk!!!!
ReplyDeletetun_telani >>sangat tragis ceritanya tu tun..memang takde rezeki la makan jawabnya tu kalau keras ^^
ReplyDeletemama ila >>dah habis la..kena goreng lagi kalau nak menjamu orang lain..hihi