AYAM

Blackened Chicken & Kentang Oregano

11:24 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Entri aku minggu ni and minggu depan nampaknya banyak menjurus pada masakan. Yela, tiap2 hari memasak kan. Nak menjahit, kena ada mood, sekarang mood jauh ke dasar laut. Bila nak naik ke awan pun tak tahu. Eh! Apa aku melalut ni!! Nak cerita pasal life, biasa2 saja tiada apa untuk ku kongsi yang boleh bagi faedah pada orang lain. Entri tentang motivasi, isu rumahtangga atau isu keagamaan akan menyusul kelak. Sedang mengumpul maklumat dengan lebih lengkap. So, korang layan saja setiap entri hidangan aku ya. Aku takla reti memasak sangat, sikit2 tu bolehlah..hihi ^^

Bab masakan aku rasa aku ni ketinggalan, orang lain jauh dengan resepi baru, aku masih di belakang dengan resepi yang orang lama dah cuba. Tak kisahlah, yang penting ilmu tu dipelajari. Jangan asyik nak cuba resepi baru, resepi lama dilupakan. Tertengok rancangan crash my kitchen and blackening spice yang digunakan sangat menarik perhatian aku, rasa macam sedap sangat masa tonton tu. Aku alter sikit2 resepinya dan kaedah membuatnya memang ikut apa yang aku ingat dalam rancangan tu. Dan ku gandingkan dengan kentang oregano. Oh...sedap! Mula2 makan dengan nasi, last2 kuratah saja.. Kentang oregano tu aku suka betul rasa kentangnya. Hidangan ni ku makan dengan sos lada hitam, aku tak pasti kena ke tak sos ni dengan ayam pada mulanya tapi alhamdulillah licin.

Blackened Chicken
Resepi: KitchenBachelor
Sumber: melinblossom

Bahan:-
2 tbs onion powder
2 tbs garlic powder
1/2 tsp chilli flakes
1 tsp chilli powder - ganti dgn paprika
2 tbs paprika
1 tsp cayenne pepper
1 tbs black pepper
*3 tsp salt
*1 tsp oregano powder
*1 tsp basil
Chicken breast - ikut kesukaan nk guna bhgn mana
2 tbs olive oil

*aku tambah

Kaedah:-
1. Blackening spice: Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Gaul rata. Boleh disimpan di dalam bekas kedap udara untuk digunakan pada masa akan datang.
2. Lumur ayam yang telah dibersihkan dengan blackening spice secara merata. Panaskan kuali bersama olive oil.
3. Masukkan ayam ke dalam kuali . Masak ayam di satu bahagian dalam 2-3min, terbalikkan.
4. Bila dah masak/ hitam sedikit di kedua bhgn, angkat dan letak atas dulang pembakar.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 170C dalam masa 8-10 min atau sehingga masak
6. Siap untuk dihidang


Kentang Oregano
Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: melinblossom

Bahan:-
500g kentang - buang kulit
1 labu bawang besar - dadu
2 bj tomato - dadu
100g brokoli
1/2 batang lobak merah
1/2 cawan kacang merah besar - xletak
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk oregano
2 sudu makan mentega
Garam secukupnya

Kaedah:-
1. Kentang dibuang kulit dan dipotong kecil. Rebuskan hingga empuk.
2. Panaskan mentega dan gorengkan kentang hingga kekuningan
3. Masukkan bawang besar, lobak merah, brokoli dan garam. Kacau rata.
4. Apabila layu, masukkan kacang merah dan tomato.
5. Taburkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan tutupkan api.
6. Hidangkan dengan ayam panggang. 

:: Bila dah masak kentang, aku masukkan sekali dalam dulang pembakar bersama ayam tadi dan bakar bersama.

Sos Lada Hitam
Resepi: melinblossom

Bahan:-
1 sb sos lada hitam LIFE
1 sk serbuk lada hitam
Bancuhan air tepung jagung
1/2 sb mentega

Kaedah:-
1. Panaskan pan dan masukkan mentega.
2. Masukkan lada hitam, sos lada hitam dan bancuhan tepung jagung
3. Kacau sebati. Masak hingga pekat
4. Angkat dan hidang.

You Might Also Like

0 comment