بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Semalam hb cuti semata-mata nak beli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang berhari raya ke Segamat nanti. Tempat dituju harusla Pasar Utama Bintulu tapi biasanya nak pergi sini sebut je nak g Pasar Tamu so semua orang tahu. Ada jual barang basah n macam-macam barang lagi la. Kalau pergi Bintulu, tak sah kalau tak borong sedikit buah tangan dari Pasar Tamu k.
Ada 4 bahagian tapi pergi satu bahagian saja. Tempat orang jual ikan terubuk, buah-buahan, sayur-sayuran, buluh, ketupat n macam-macam lagila produk Sarawak ada dijual di sini. Ada belacan, cencaluk, minyak kelapa, minyak gaharu, sagu, madu etc
Barang yang akan dibawa pulang. Sebenarnya kami agak terkejut masa beli ni coz dibalut dengan kaedah sebegini rupa. Hb cakap macam nak sembunyikan barang terlarang je balut gini. Serius k tak pernah beli barang balut sampai ada loytape keliling. Amacam boleh teka tak apa ada dalam?
Kami beli ikan terubuk masin, belacan Bintulu (orang kata belacan Bintulu sedap sangat) dan tebaloi. Tak pernah rasa tebaloi ni coz tak rasa macam nak beli. hihi. Apapun, sila tawar menawar ye masa beli. Kalu harga tertera RM25, tak semestinya dia akan jual harga yang sama. Biasanya akan jual murah sikit.
Buah tangan yang MESTI bawa pulang of course la kek lapis Sarawak. Kami tak tempah awal-awal pun, suka hati main terjah di akhir-akhir ramadan, sudahnya kek pun banyak dah habis. Ambil jela apa yang ada. Sekurang-kurangnya dapat penuhi permintaan family. Duduk sini sampai tahun depan, jadi ada peluang boleh belikan barang lain pula.
Semoga di permudahkan perjalanan kami, dihindarkan dari sebarang kecelakaan mahupun malapetaka
Amin
Semoga di permudahkan perjalanan kami, dihindarkan dari sebarang kecelakaan mahupun malapetaka
Amin
0 comment