AYAM

Serunding Ayam

7:43 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Dua hari lepas menjengah ke Bintulu. Membeli sedikit barang keperluan dapur dan window shopping, cuci mata sikit lihat suasana bulan Ramadhan di Bintulu. Yela, tahun pertama sambut Ramadhan di sini haruslah lain sikit. Ada pasaraya yang sudah memainkan lagu raya, mungkin sejak awal ramadhan lagi kot.. No comment la mungkin sudah kebiasaan. Bab bazaar ramadhan pula, kami memang tak pergi pun sebab pulang awal. Hubby tak berapa suka menjengah ke bazaar/pasar di sini kerana kuih/makanan yang dijual kurang kena dengan selera kami. Jika beli pun bukan kami yang makan, akan ke tong sampah saja. Sangat membazir. Kena tunggu pulang Johor la untuk makan makanan yang sedap-sedap. Pasar basah di Semenanjung biasanya buka seawal jam 7 pagi tapi di sini pula dibuka agak lewat, jam 2.30 petang baru buka. Nak tak nak kena pusing-pusing pasaraya dulu sementara nak tunggu pasar buka. Kami bukan duk di Bintulu yang boleh pergi bila-bila masa saja, jadi kenala terima keadaan sebegini setiap kali beli barang basah, memang takde pilihan k. Apapun sekejap saja sudah hari keempat berpuasa. Tup..tup..dah pulang beraya dari semenanjung dah..Cepat benar masa berlalu.

Panjang pula celoteh hari ni.. Entri nak kongsi pasal serunding ayam saja tapi ke lain pula..Berkenaan serunding ni, tak pernah makan rasanya jadi tak tau nak expect apa masa buat/siap.. Aku buat agak kasar kerana biasanya kalau buat serunding esp daging cepat saja habis.. Jadi tak perlu buat halus-halus dan kering sangat masa memasaknya untuk tahan lama.. Rupanya rasa serunding ayam pun tak mengecewakan, sedap juga cuma aku lagi suka yang daging la...  Buatnya 1/2 dari resepi jadi dapat 2 bekas kecil saja..

Resepi: MYR

SERUNDING AYAM

Bahan-bahan:-
1 kilo isi ayam (beli kat ayamas) atau seekor ayam(ambil isi shj)
1 kilo santan
3 genggam jintan kasar
3 genggam ketumbar
*0.5 kilo bwg besar
*10 ulas bwg putih
* 2 cm halia
*4 batang serai - aku tambah
*1 in lengkuas - aku tambah
2 senduk gula, garam secukup rasa
5 senduk cili kisar -kalau suka pedas sila tambah sendiri
1 paket kerisik( harga rm2.00) - aku letak 1 sb
Minyak untuk menumis
Secawan air asam jawa, kalau tak asam keping pun boleh

Cara-cara

  1. Rebus isi ayam sampai empuk dan boleh disiat-siat halus.
  2. Isi ayam yg telah disiat ditoskan
  3. Blendkan bwg merah, bwg putih dan halia - ready utk tumis.
  4. Jintan dan ketumbar disangai (goreng tanpa minyak) seterusnya diblend kasar-kasar sedikit, hancur sangat tak sedap.
  5. Tumiskan bwg tadi bersama cili kisar, biar garing sebentar
  6. Masuk pula jintan dan ketumbar yg telah diblend
  7. Masukkan santan
  8. Kacau sebati dan masukkan isi ayam tadi, masukkan garam, gula, dan kerisik
  9. Last masukkan air asam
  10. Goreng dengan api kecil selama lebih kurang 3 jam. Sampai garing baru angkat. Boleh makan dengan nasi atau roti juga. Hari Raya makanlah dgn ketupat

You Might Also Like

0 comment