RESEPI

A must keep recipe - Kuah Kacang!

2:21 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Kenapa tajuk 'a must keep recipe'? Sebab resepi kuah kacang ni memang superb sedap!! Sedap sesangat, hb suka!!Yela, hb tak berapa makan tapi semalam buat, boleh dia tersuka nak makan pulak kan.. Memang dah selalu buat kuah kacang, sedap pun memang sedap tapi resepi ni sedapnya lain. Makan dengan nasi impit di kala hujan turun dengan lebatnya seharian semalam, punyala menyelerakan. Kalau masak ayam, ikan ke atau daging senangla juga.. Google resepi sana sini, try-error insyaAllah sedap tapi bab kuah kacang ni kena masak betul-betul, resepi kena follow satu-satu kalau tak memang ke tong sampah jawabnya. Aku buat agak kasar kacangnya sebab nak cepat sangat. Nanti raya harus guna resepi ni. Nak buat pun mak aiii punyala sonang!! Tak payah nak balance kan rasa masam manis ke ape.. Apalagi, sila salin resepi dan cuba!!!Tq tuan empunya resepi!

Resepi: Almaraz

KUAH KACANG

Bhn:-
340g kacang kisar

Bhn kisar:-
1btg serai - hiris pendek2
*3sdb cili kering yg dh siap kisar (ni terpulang pd tahap kepedasan, leh tambah/kurangkan)
5 ulas bwg kecil
2 cm halia
1 cm lengkuas
2 sdt jintan manis
1 sdt jintan putih
3 cm belacan (my sis buat smpai lbh krg 5cm! ..pada sesapa yg alah tu mmm...xdapek la nulung!)

*Nota: blh ganti 10-13 tangkai cili kering yg lebar2 & licin permukaannya tu sbb hat jenis camni tak brp pedas & blh jadikan masakan cantik merahnya. Hat yg berkedut2 tu pedas ya amat (tekak mommy arr) pastu kaler merahnya tak cantik sgt, pucat sket. Sblm blend tu kene la potong 2 atau 3 then rendam ngan air panas dulu - agar sng hancur nnt.
-------------
1 1/2cwn air
1btg serai - dititik
6-7sdb manisan/gula melaka/gula (aku letak 6 sb gula merah, 1 sb gula pasir)
1/3cwn myk masak (pun jgn terkezut, kene myk bertakung tp lps masak bleh buangkan sket)
garam secukup rasa


Cara:-
1. Kisarkan bahan-bahan kisar, sampai lumat.
2. Panaskan minyak dlm kuali (better kuali yg ada penutup). Guna api medium, tumiskan bhn2 kisar smpai naik minyak. Bila dh naik myk, bubuh 3 sdb gula dan serai  - kacau2 sket dn biar ia terus menumis smpai kalernye dark(gelap) sket. Ini maknanya gula dh caramelised dgn bhn2 kisar. This is the point yg kita ndak.
3.  Bila dh merah pekat sket kalernye tu, masukkan kacang kisar & air. Kacau2. Then tmbhkn dgn baki gula td & perisakan dgn garam. Kacau2 dlm 30 saat then tukar kpd api kecil. Renehkan kuah smpai ia pekat & of course myk bertakung kt dlmnye! Tutup api.
4. Sebelum alihkan kuah ke dalam mangkuk, boleh sudukan keluar myk bertakung. Jangan habiskan sbb myk ni ler yg menyedap kuah itewwww.

Update 1/9/2012:
Aidilfitri baru-baru ni aku buat kuah kacang guna resepi ni kat rumah mak aku.
Cepat saja habis. Semua orang sangat suka! Memang sedap!

You Might Also Like

0 comment