Sarawak

Dokumen Perjalanan Terhad

11:49 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Berhijrah ke Bintulu hampir menjangkau bulan ke 8 tapi passport baru nak buat. Ya, bagi yang tak tahu walaupun kita ni sama-sama orang Malaysia tapi duduk Sarawak/Sabah kena buat passport. Macam duk oversea pula.hihi

Memandang perginya hari Jumaat, maka agak ramai orang la ye di Jab Imigresen Malaysia Bah. Bintulu ni. Bagi yang baru nak memohon passport, iaitu Passport Perjalanan Terhad perlu bawa:

1. Borang Permohonan PMA (IM.42 PIN 1/97) yang lengkap diisi- Boleh minta di kaunter imigresen
2. Satu salinan kad pengenalan dan dokumen asal. Jika pemohon telah memeluk agama Islam, sertakan satu salinan kad pengenalan memeluk agama Islam dan dokumen asal.
3. Dua keping gambar paspport (Saiz 3.5cm x 5.0cm)
4. Satu salinan salinan passport/pas semasa tinggal di Sarawak/slip IM.114 (Biasanya dapat masa di airport) dan dokumen asal.
Datang jam 9 pagi, jam 11 lebih baru selesai urusan. Ramai sangat orang. Bayar RM5 untuk passport selama 5 tahun then siap dalam tempoh 24 jam.

Dokumen Perjalanan Terhad!!

Lepas ambil passport di kaunter 7, harus pergi ke kaunter 4 untuk mengambil borang 'Permohonaan Lanjutan Pas Lawatan'. Lepas borang dihantar, kena tunggu dalam 30-45min kemudian baru dipanggil. 

Setiap 3 bulan kena datang semula Jab. Imigresen untuk dapatkan cop!! Memandangkan berada di Sarawak untuk bekerja, jadi harus isi borang permit kerja pula.. Itupun masih belum selesai lagi urusan. Apepun sekurang-kurangnya urusan permohonan passport sudah selesai. Alhamdulillah.

UPDATE:
Posting saya ini pada 2012, banyak prosedur yang mungkin telah berubah. Ia boleh dijadikan rujukan. Tapi prosedur yang betul buat masa terkini hanya pihak imi sahaja yang tahu. Tn/Pn boleh berkunjung saja ke imigresen terdekat. Mereka sangat membantu. 

You Might Also Like

18 comment

  1. ...BOLEH SAYA BERTANYA?MASA NAK APPLY DPT NIEH KNA ADA DOKUMEN APA LAGI?SBB DI SABAH SAYA NK BUAT TPI TK BOLEH .PEGAWAI TU CKAP KNA ADA SEBAB NK BUAT DPT NIEH..

    ReplyDelete
  2. [ farazaidee ] - Kena bawa dokumen yang 4 di atas ni saja sis.

    Kena ada sebab untuk buat DPT? Tak tahula sis. Kami buat DPT sebab bekerja di sini. Mungkin ada salah paham di mana2 kot. Kena tanya or explain betul2 la pada dia.

    ReplyDelete
  3. salam, nk tnya, camana nk apply permit kerja? sndiri buat ke atau company yg uruskn?

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. Kami isi borang sendiri dan lepas tu hantar pada zon office untuk diuruskan sis.

    ReplyDelete
  5. owh, ambik borg kat mana? bley explain lbh detail?

    sy pn br nk buat, tp company yg uruskn, deal ngn stu company ni, tp kalo dia yg buat, nama sy xda kt jbtn tenaga kerja srwak, just ada kt imigresen je, tkut ada mslh plak nnt

    ReplyDelete
  6. Dulu borang tu amik kat zon office kami, kira office uruskan. Pastu kami isi je maklumat dalam borang, yang tak paham tanya orang yang lama duk sini. Dah siap kami anta di office, office uruskan. Ada 7 borang kot seingat saya kena isi sebab ada tanggungan sekali, dengan gambar dan ada macam2 salinan sekali..sis bolehlah tanya rakan2 sepejabat..

    Guane nak bantu ni..sorry sis.uhuu..

    ReplyDelete
  7. owh mcm tu, byk rupanya borang nk kena isi, xpa2, terima kasih sbb sudi jwb soalan saya, amat membantu :)

    ReplyDelete
  8. Kalau saje duduk xbekerja? Nk tambah cop mcm mana?

    ReplyDelete
  9. salam..mohon penjelasan..macam mana nak mohon untuk warga asing pulak? macam mana procedure untuk mohon permit kerja bagi warga asing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sy tak tahu. Boleh direct call atau pergi terus ke pejabat imigresen terdekat

      Delete
  10. Kalau tawau ke Kota kinabalu .. Guna dokumen Surat lahir serta fotostet ic Ayah ?boleh tak tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DPT ni kegunaannya sebagai passport bagi warga sem yang tinggal di Borneo. Atau boleh juga guna passport antarabangsa. Tiada keperluan membuat DPT ni jika memang orang sabah

      Delete
  11. Hi, can I ask you more information about DPT? because recently I'm thinking about this, and I'm urgent for this. Try contact me with the email kailun0421@hotmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lewat respon. Blog dah lama tak buka.

      Tn/Pn boleh berkunjung saja ke imigresen terdekat. Mereka sangat membantu. Posting saya ini pada 2012, barangkali ada prosedur yang telah berubah

      Delete
  12. hi, permit keja senang je ka mau apply? tunggu lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallaua'lam juga. Saya punya permit diuruskan oleh pihak HQ. Hanya submit dokumen sahaja

      Delete
  13. Saya orang sabah sudah lama tinggal di sarawak sbb jaga anak buah saya ..saya nak balik sabah , saya tak pergi immigration lg utk renew pasport ..adakah saya akan d kenakan kompaun ? Tolong respon please

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf puan, saya tiada ilmu tentang dendaan. Sebaiknya boleh ke immi untuk pertanyaan lanjut. Pengalaman saya tahun 2022 berurusan dengan mereka berkaitan passport, mereka sangat membantu.

      Delete