Assalamualaikum. Mel ni sangatlah sukakan sejarah. Terutamanya sejarah Islam. Kalau baca buku sejarah Islam tu memang tak buat kerja lain. hihi. Jadi tak sah la kalau bercuti tak pergi muzium kan. Alhamdulillah berpeluang ke Muzium Terengganu. Tak jauh pun dari rumah hubby dalam sejam gitu. Muzium ni katanya yang terbesar di Asia Tenggara.
Muzium ni ada banyak bahagian. Juga bertingkat2. Kami tak pergi semua. Lelah. Dan perut pun berkeroncong. uhuu. Jadi ini saja gambar yang ada. Nak masuk ada bayaran sikit. RM10 untuk 2 orang dewasa. Kanak2 dan pelajar sekolah tentulah ada potongan harga.
Gambar ada banyak tapi takkan nak masukkan semua pula kan. Ini ada beberapa monumen yang dipamerkan.
Oh ya pastikan anda pergi ke Pameran Organ Manusia yang berlansung hingga 31 July. Camera tidak dibenarkan dibawa masuk jadi hanya gambar poster yang ada. Menarik untuk dikunjungi sebab ada pelbagai jenis penyakit yang diperjelaskan lagi bersama organ dalaman. Contohnya organ rahim yang mengalami kanser. Jantung, hati yang rosak. Baby yang lahir tak cukup bulan. Baby cacat. Macam2 lagi la. Tak ngeri tapi seriau juga bila perhati betul2.
Walaupun entry cerita pasal muzium tapi memandangkan muzium ini dekat saja dengan Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal, mel masukkan juga. Masuk laluan kiri dan terus saja dari muzium, jumpalah nanti. Tapi tiada rezeki sebab Taman Tamadun Islam tu tutup pada setiap hari Selasa. Nak makan aiskrim susu kambing pun tak dapat. Tapi dapat masuk masjid ^^
Kemudian singgah di perkampungan losong. Ada banyak gerai untuk dipilih. Borong keropok losong banyak2 untuk dibawa balik ke Bintulu. Ok next nak pergi muzium mana pula ya. -_-
1 comment
menarik
ReplyDeleteblajr sejarah tamadun islam pon best..
msa form six ;)
dlm proses mncri tmpt ingin dituju smpna cuti cuti thanks berkongsi idea