KUIH

Cempedak goreng rangup..

7:34 AM


Assalamualaikum. Mel ni nak update blog intenet superrr slow. Buka fb dan blog guna hp sahaja. Jadi xboleh update selalu. Nanti balik Johor barulah line nya laju. InsyaAllah

Mel memang suka cari barang2 makanan kat pasar tamu. Murah.. Lagi2 pisang tanduk. Itu hari pergi pasar tamu beli cempedak. Alhamdulillah sangat banyak isinya dan manis2. Resepi ni mel ambil dari group fb. Ternampak dalam komen seseorang. Linknya memang dah tiada tapi mel sertakan gambar print screennya. Alhamdulillah memang rangup, sedap dan banyak serdak2. Kulit dalamnya mel buat mandai. Mel suka!! hehehe

Cempedak Goreng Rangup
Sumber: mel

Bahan-bahan:-
Cempedak
4 sb Tepung beras
1 sb Tepung kastad
1 sk Air kapur
1 sk Soda bicarbonat
1 bj telur ayam/sebaiknya telur itik
1/2 sb Kelapa parut
Garam
Pewarna kuning
Minyak gorengan

Cara:
1. Satukan semua bahan kecuali cempedak dan minyak. Gaul rata
2. Panaskan minyak gorengan.Masukkan cempedak ke dalam batter.
3. Masukkan cempedak ke dalam minyak panas satu persatu.
4. Terbalik-balikkan agar cempedak masak rata.
5. Angkat setelah cempedak garing keemasan.
6. Sedia untuk dihidang

Batter boleh digunakan untuk menggoreng pisang, keledek mahupun keladi

You Might Also Like

2 comment

  1. Pakai telur ? 1st time tau ni...selalu nk cepat guna tpung gandum dgn beras je...:)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...
    best gak resepi ni mel...tq share

    ReplyDelete