KUDAPAN

Kerepek Keladi

8:55 AM


Assalamualaikum. Sementara menunggu keputusan PMR dulu, pergilah kerja dengan member dekat perusahaan buat kerepek. Orang Melayu punya. Dekat je dari rumah mak, tak sampai 5 minit. Macam2 ada, kerepek, batang buruk, biskut dan kuih2 raya lain. Tamat saja Ramadan, setiap sorang dapatlah air bikarbonat 1 carton dengan pelbagai kuih dengan percuma. Bos baik hati.hihii

Makcik2 yang buat kerepek kat situ tiap2 hari berpanas depan dapur. Gigih. Tapi hasilnya memang menjadi rebutan. Lagi2 kerepek pisang manis. Kerepek keladi takde jual la pula. Barangkali sukar untuk mendapatkan stok keladi. Sekarang tak tahulah. Moga majulah perusahaan tu.

Sini banyak jual keladi. Jadi memang rugi kalau tak buat kerepek. Hubby pun sangat suka. Tapi nak menyagat, berpanas depan dapur tu kena tahankan saja ye bulan2 puasa ni. Jangan sediakan air masak kat sebelah, tau2 masuk dalam mulut..uhuu

Kerepek Keladi

Bahan:
Keladi
Air Garam
Minyak

Cara:
1. Bersihkan keladi, toskan

2. Panaskan minyak. Sagat keladi ke dalam minyak
3. Goreng hingga keemasan sambil dikacau supaya tidak melekat.
4. Pabila dah garing, masukkan sesudu air garam. Kacau2
5. Angkat. Ulang sehingga keladi habis

6. Sejukkan keladi sebelum disimpan di dalma bekas kedap udara

You Might Also Like

5 comment

  1. alahi sedapnya kerepek keladi ni mel..
    byk ke buatnya ?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mel Uj suka sungguh kerepek keladi ni...buat utk raya ker...

    ReplyDelete
  3. Sedap! Tp harus le ada kesabaran yg tinggi nak mengadap minyak panas tu...

    ReplyDelete
  4. Guna keladi yg besar yg ade jual kat pasaraya ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya puan. Guna yang biasa dijual di pasaraya tu. Sagat seperti biasa

      Delete