Assalamualaikum. Menjengah hari2 terakhir Ramadan. Sayu hati. Oleh kerana mel berhari raya di Bintulu saja, jadi semuanya ala kadar saja. Belum pasti akan ke mana lebaran nanti. Kebanyakan orang sini pulang ke semenanjung dan ke kampung masing2, jadi agak sunyi. Ada pun pekerja2 negara seberang saja. Anda bagaimana? Sudah berada di kampung? Atau akan memulakan perjalanan petang nanti. Yang akan bermusafir, banyak2kan doa ya. Semoga perjalanan anda selamat
Lebaran kali ini memang tiada beli kuih/biskut. Sambut sederhana saja, jadi adalah 5-6 kuih mel buat. Salah satunya yang menjadi favourite cornflakes madu. Belum tiba lebaran dah habis sebekas. Budak2 suka, mak pak budak pun suka. hihii
Cornflakes Madu
Sumber: yatie
Bahan A
125 gm butter
1/2 cwn brown sugar
1 cawan madu
Bahan B
1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
1 cwn kismis
1 cwn badam cincang panggang/gajus
1 cawan walnut panggang - mel tambah
1 cawan kacang tanah tanpa kulit panggang - mel tambah
Hiasan
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau dipotong kecil
Cara-Cara
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

2 comment
Salam Mel.
ReplyDeleteSyahdunya x balik beraya ye...apa pun...selamat hari raya aidilfitri....
Salam aidilfitri Mel..0-0
ReplyDelete