بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Ada satu entri yang ku buat tahun lepas mengenai kekabu asli. Sejak tu, ramai pengguna kekabu asli masuk dalam blog aku untuk mengetahui harga dan di mana boleh membelinya. Aku suka beli kekabu ni walaupun ada lagi stok di rumah. Baru2 ni balik Johor, aku singgah ke kedai yang ku beli kekabu asli tu dengan harapan kedai itu masih menjualnya. Alhamdulillah harapan bukan sekadar tinggal harapan. Kedai itu masih menjualnya tetapi saat ku tiba, hanya tinggal 3-4 bungkus saja. Barangkali ramai orang di Segamat ni menggunakan kekabu asli. Apalagi, ku sambarla 2 bungkus. Harganya 1kg RM10.90. Dengan menggunakan tagline 'Ingat Murah Ingat Sakan' korang boleh mencari kekabu asli ni di sana. Ada cawangannya di setiap negeri kecuali Sabah dan Sarawak. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web mereka ya.
Memandangkan pulangku seorang sahaja, jadi hanya sebungkus ku bawa pulang ke Bintulu. Walaupun penerbangan MAS kini memungkinkan untuk membawa 30kg dari 20kg dahulu namun aku keberatan nak bawa banyak2 dek kerana beg telah penuh dengan daging segar. Jadi agak tidak larat untuk ku bawa/angkat beg berat2. Raya nanti insyaAllah boleh bawa beg and barang banyak2 ^^
4 comment
Owh.. kt sakan ye. kt Sakan kemaman xde jual kekabu.. tp kalau ada pon tun xpandai nk jahit wat bantal. hihi
ReplyDeleteMungkin sesetengah sakan je ada kot.. Takpe tun, beli dulu. Projeknya entah bila buat pun tak tahu.. hihi
ReplyDeleteboleh bagi tau??? dari mana dapat bekalan kekabu ?????
ReplyDeleteMahmud Rembang >Beli dekat kedai sakan di Segamat. Tapi hari tu ada terjumpa satu page yang jual bantal, mungkin boleh roger2 dia. Mel tak pernah berurusan dgn dia, jadi kurang pasti dia jual bantal saja atau kekabu asing2. ^^ (https://www.facebook.com/ButikOnlineDiesha)
ReplyDelete