RESEPI

Ketam Goreng Manis Berlada

9:39 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Beberapa hari lepas berbalas sms dengan bekas rakan sekerja di tempat lama. Perkhabaran kurang indah didengar. Rakan sekerjaku yang dulunya duduk di sebelahku telah dimasukkan ke icu pada Jumaat lepas kerana kancing gigi. Kurang pasti keadaannya teruk atau tidak. Baru semalam dipindahkan ke wad biasa tetapi masih dalam pemantauan serius oleh doktor. Mohon rakan2 blogger doakan agar diberi kesembuhan pada dia dan diberi kekuatan untuknya serta ahli keluarga dalam menempuh ujian. Amin.

Berbalik kepada resepi. Hidangan yang dibuat minggu lepas. Hidangan ketam goreng yang memang sedap dengan rasa lemak manis dan pedasnya. Dihidangkan dengan nasi goreng ayam. Habis makan sepinggan, kutambah lagi sepinggan. Bila dah habis makan, kutanya pada hubby 'Bukan ada kes air pasang merah ke? Ketam dah habis makan. Guane?'. Hubby jawab 'haahla'...pastu dua2 gelak sebab ketam dah licin dimakan baru teringat pasal fenomena air pasang merah. Alhamdulillah Sarawak tidak mengalami air pasang merah dan setakat ni kami masih sihat walafiat. Cuma terfikir juga, Sarawak tak alami air pasang merah tapi ada tak ikan atau hasil laut diimport dari Sabah masuk ke Sarawak? Harap-harap tiada...urmmm..

Ketam Goreng Manis Berlada
(Resepi: melinblossom)

Bahan-bahan:-
2 ekor ketam - belah 2
*1/2 bj bawang besar - hiris
*1 tangkai daun kari - ambil daun
*1 batang cili merah - hiris
*7 bj cili padi - belah 2/ketuk
*1 in halia- hiris
1 sb susu sejat

Kaedah:-
1. Gaul ketam bersama garam dan kunyit.
2. Goreng ketam di dalam minyak terendam. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Jangan goreng garing sangat. 
3. Tinggalkan sedikit minyak gorengan di dalam kuali. Tumis bahan bertanda (*) hingga kekuningan.
4. Masukkan susu sejat dan ketam. Gaul rata
5. Sedia untuk dihidang.

You Might Also Like

1 comment