Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Laksa Terengganu

11:02 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah masih bernafas dan sihat di pagi Jumaat ni. Alhamdulillah. Boleh dikatakan semalam semua orang bercuti. Hubby aku kerja tapi alhamdulillah kerja habis awal, dekat jam 11 pagi dah balik. Buat laksa Terengganu special untuknya. Aku ni penggemar laksa, laksa Penang, laksa Johor, laksam atau laksa Sarawak semua aku makan. Cuma laksa Sarawak tu semangkuk saja boleh kujamah, tapi laksa lain harus berulang makannya. Tak kena dengan tekak ku barangkali.

Ku tanya hubby bagaimana rasa laksa Terengganu? Katanya lupa, sudah lama tak jamah. Aku kan Johorian and aku memang tak pernah makan laksa Terengganu ni walaupun kahwin dengan orang sana sebab jarang gile balik sana. Untuk kali pertama aku buat ni tak tahu nak harap apa. Buku ni special sebab hubby yang beli. Katanya nak aku masak masakan Terengganu. Alhamdulillah sedap! Aku bertambah lagi makan. Hasilnya aku sudah jatuh cinta pada laksa Terengganu kuah putih ni. Cuma lain kali kena guna ikan selayang baru rasa manis ikan tu terserlah.. Cewahhh!



Laksa Terengganu
Resepi: Citarasa Malaysia - Terengganu
Sumber: melinblossom

Bahan  A:-
1/2 paket laksa beras - ( aku rendam semalaman)
7 ekor ikan kembong
1 bj kelapa - diambil santan
3 biji limau nipis - (ganti dengan 2 kpg asam keping)
*3 labu bawang besar
*1/4 keping belacan
*8 bj cili merah
1 sudu makan lada hitam - tumbuk
 Garam

Bahan B (Ulaman):-
Segenggam tauge - buang ekor
1 kuntuk bunga kantan - hiris (xletak, xde stok)
2 urat kacang panjang - hiris
Cili merah - hiris
Belacan - bakar n tumbuk halus
Daun kesum, kubis putih & purple (aku tambah)

Cili - tumbuk (aku tambah) :-
2 batang cili merah
1 in belacan

* Kisar

Cara:
1. Celur laksa hingga lembut dan toskan airnya.
2. Rebus ikan, ambil isi sahja. Kisar isi ikan dengan air rebusan ikan.
3. Masukkan isi ikan, bahan kisar, santan, air limau nipis/asam keping, lada hitam dan garam
4. Kacau dan biarkan sebati
5. Apabila mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan bersama bahan ulaman dan cili.

Tip: Masak dengan api kecil, kacau kuah supaya tak pecah minyak.


You Might Also Like

5 comment

  1. Ooo...laks trengganu pun pkaai santan ye....
    Mcm style johor kuahnya....

    ReplyDelete
  2. Tula mel pun baru tahu..tapi memang sedap...hihihi

    ReplyDelete
  3. ishh saya pun tak penah makan laksa terengganu... lain ke? camne ni .. tengok pun tak penah... kesian kannn...

    ReplyDelete
  4. Salam mel... sedapnyerr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tun mmg paling suka makan laksa ganu dan laksam. kuah laksam n laksa ganu sama je. laksa len kureng sket.

    ReplyDelete
  5. @Mayang Lain kak laksa Terengganu..Sedap ni!

    @Tun Wsalam Tun. Memang sangat sedap.Mel dah jadi tersuka makan laksa Terengganu ni..hihi

    ReplyDelete