Apa Kata Anda?

Interview?

10:07 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Bagi yang dah kerja pasti melalui pelbagai pengalaman temuduga. Kalau sekali temuduga dah terus dapat kerja, alhamdulillah. Kalau yang pergi sana sini temuduga tapi still takde rezeki, maka banyaklah pengalaman temuduga tu. Aku ada sedikit pengalaman temuduga, macam2 ada. Yang manis, yang pahit, yang kelat semua ada. Pengalaman temuduga setiap orang berbeza bergantung kepada apa pekerjaan yang dimohon, skop pekerjaan dan tak lupa siapa yang temuduga kita tu.

a) Aku dapat kerja kat satu tempat ni, baik bos perempuan ni. Masa temuduga dengan dia, sempoi gila. Dia kata 'I xnak u tension, so i cakap campur BM & BI k'. Bila aku dah dapat kerja bawah dia, 1st day kerja dia cakap 'I pilih u, sebab i tengok u suka bercakap & i rasa u pandai handle masalah'. Bila aku dengar, aku gelak je dalam hati. Betul ke tak, biar aku je yang tahu..hahaha

b) Pernah datang satu tempat ni, dia suruh datang jam 2 petang. Aku duduk kat lobi depan tu sampai jam 3ptg baru orang tu keluar nak interview aku. Bila dah tunggu lama, mood aku pun dah hilang sebab aku sorang je datang interview, jadi rasa diperlekehkan k. Memanglah kita nak kerja tu, dan mungkin dia ada banyak kerja tapi bila dia langsung tak senyum mahupun minta maaf, aku rasa tertindas.

c) Ada satu tempat aku temuduga kat Penang, soalan pertama dia tanya 'Kecil je badan, boleh handle ke student besar2?' Hati aku membara bukan sebab soalan tu tapi sebab dia tanya sambil senyum sinis. Tapi aku jawab, nak handle student atau masalah guna ilmu bukan bergantung kepada fizikal semata. Soalan yang paling aku terkejut bila dia tanya 'Siapa nama lab technician di tempat u study dulu? Apa skop kerja dia?'. Sangat tak sangka soalan tu ditanya. Namanya aku ingat sorang tapi skop kerja aku tembak je..kihkihkih.. Pastu macam biasa kena explain pasal subject yang ditanya. Ramai sangat yang temuduga masa tu, jadi bukan rezeki aku. Itulah kali pertama dan terakhir aku jejak kali ke Penang..haha

d) Ada tempat lain di Pahang pula, aku datang nak temuduga, tapi orang yang sepatutnya temuduga aku tu ada kerja luar. Jadi yang temuduga aku, dia punya assistant. Aku datang nak temuduga tapi dia tak tanya apa pun. Dia tengok transkrip aku pastu dia tanya 'Awak nak ajar subjek apa?'. Aku jawab Dinamik sebab aku suka sangat subjek tu, tapi dia bagi subjek Statik dan subjek2 lain la. Lepas tu dia kata 'Awak ikut lecturer ni dan dia tunjuk tempat awak'. Terkejut sebab habis macam tu je, tak sampai 5 minit pun. Aku datang jam 9 pagi, jam 11 pagi aku dah masuk kelas mengajar...Haha, simple sungguh! Alhamdulillah rezeki aku.

Jawatan apa pun, paling basic dia akan tanya kenapa awak nak kerja ni, kenapa awak nak jadi engineer, kenapa awak nak jadi lecturer, kenapa nak jadi cikgu? Dulu pensyarah aku cakap, pengalaman dia temuduga, dia jawab dia nak jadi pensyarah sebab dia suka bercakap. Sudahnya memang dia dapat jadi pensyarah. Pengalaman kawan aku pula, masa temuduga semua lepas tapi satu je dia tak lepas. Orang tu kata 'Kami tak boleh terima awak, sebab awak gemuk tak boleh naik helicopter. Kena kuruskan badan dulu'. Sedih betul kawan aku tu sebab kalau dah tahu tak layak dari awal, kenapa masih suruh dia jalani proses temuduga. Adik aku pula masa dia temuduga jawatan kerajaan, semua soalan dia dapat jawab tapi satu soalan akhir dia tak dapat jawab tentang sistem diraja Johor. Tak dapat  jawab tapi rezeki adik aku dapat kerja tu..

Ada lagi pengalaman lain, tapi biar kusimpan saja. Semakin banyak pergi temuduga, level keyakinan makin tinggi. Kadang2 boleh agak soalan nak ditanya, jawapan semua ada dalam kepala. Bagi yang nak temuduga tu, bersedialah dengan pelbagai soalan ye. Kadang2 soalan tu ada gak yang tak logik..terima sajalah ^^

:: Apa pengalaman anda?

You Might Also Like

4 comment

  1. Betullah..lama dah tinggal zaman interview2 ni

    ReplyDelete
  2. lama sgt tak masuk interview. 3 thn lbh jugak... pengalaman yg paling sy ingat adalah salah seorang panel interview tu tny dlm bilik ni siapa ayah awak? tu pun sebab nama panel interview tu sama ngan nama abah mama lynn

    ReplyDelete
  3. @lynn kamarul Macam2 pengalaman. Samala kita, 3 tahun dah tinggal.

    ReplyDelete