Assalamualaikum.
Agak lama juga tak jumpa akak ni. Kenal sekejap je masa aku kerja kat Kuantan dulu. Lagipun xsama department, dia HR aku Engineering, kenal gitu-gitu je. Message pun sekadar tanya khabar. Tapi boleh terapat pulak sebab aku suka betul kawan dengan dia, sangat happy go lucky person!
Memandangkan rumahnya seperlaluan aku pulang ke Segamat, so berhari raya ke rumahnya dulu di Kuantan.
Usia perkahwinan akak ni beza sebulan saja dengan aku.
Borak punya borak akak ni buka satu cerita yang memang bagi motivasi untuk diri aku juga.
Cerita ni mengenai salah seorang adik beradiknya.
"Aku susun balik ayatnya supaya korang semua pahamlah"
Kakaknya hampir menjangkau usia 30an, baru berkahwin.
Ditakdirkan Allah mengandung di usia perkahwinan masih dalam mood honeymoon.
Tahu saja mengandung, menangis sentiasa.
Sungguh-sungguh tak mahu anak yang dalam kandungan.
Alasan sebab belum bersedia.
Tapi kita semua sedia maklum, perancangan Allah memang terbaik untuk kita.
Dalam kekalutan tak mahu anak tu, Allah beri kakak ni satu mimpi yang mana dia melihat seorang budak perempuan yang sangat cantik wajahnya.
Pastu apalagi dia pun tak sabar nak jumpa, nak lahirkan baby dalam kandungan tu.
Sangat-sangat gembira dan bersyukur sebab telah mengandung.
Hilang terus soal tak bersedia.
Sekarang akak tu ada 3 orang anak dah pun.
Pengajarannya, bagi yang baru kahwin tu, jangan fikir sangat soal dah bersedia atau belum tentang isu anak ni. Bila tiba masanya, insyaAllah badan kita, hati kita serta emosi akan bersedia dengan sendirinya. Serahkan semuanya pada Allah, kalau takdir membawa kita nak dapat anak awal-awal, terima saja. Doa banyak-banyak! Perhati kisah orang lain, ada yang teringin dapat anak awal-awal tapi Allah tak bagi rezeki. Mesti ada sebab kenapa Allah takdirkan ada antara kita bunting pelamin dan ada antara kita lepas 1-2 tahun baru ada anak. Fikir-fikirkan...
0 comment