Assalamualaikum. Rasanya ramai yang menggemari sambal ni. yang bukan jawa pun layan. Versi pun ada macam2 ikut tangan yang memasak kan. Tiap kali menjelang Ramadhan, pergi bazar, lauk ni la wajib beli untuk anak pompuan dia yang jauh ni. hihi.. Kadang2 beli sampai RM2 boleh bawa ke sahur skali. Yela, dah namanya kampung beli RM2 pun memang agak banyak. Lagi2 return customer kan..hihi..
Resepi yang main campak2 je hasil dari ingat2 lupa apa yang pakcik penjual kat bazar Ramadhan tu letak.. Nak buat memang agak leceh sebab banyak bahan tapi kerana sedap punya pasal, rajinkan diri!!
Sambal Goreng Jawa
Resepi: mel
Bahan-bahan:-
*3 biji bawang merah
*1 ulas bawang putih
*1 batang cili merah
*1 in halia
*3 bj cili kering (*hiris)
1 batang kacang panjang - potong serong
2 sb kicap manis
Sedikit soon - Rendam hingga lembut
1 keping fucuk - Rendam hingga lembut
1 bj limau kasturi - ambil jus
Garam
Bahan Goreng (digoreng setiap satu berasingan):-
1 keping tempe - potong nipis
1/2 cawan ikan bilis
1 bj kentang - potong panjang
Kaedah:-
1. Tumis bahan hiris (*) dalam sedikit minyak hingga naik aroma.
2. Masukkan soon dan fucuk. Kacau
3. Masukkan kicap dan jus limau. Kacau
4. Masukkan bahan goreng dan kacang panjang. Gaul sebati.
5. Perasakan dengan garam (tak perlu letak banyak kerana ikan bilis dah masin)
6. Hidang dengan nasi putih
Resepi: mel
Bahan-bahan:-
*3 biji bawang merah
*1 ulas bawang putih
*1 batang cili merah
*1 in halia
*3 bj cili kering (*hiris)
1 batang kacang panjang - potong serong
2 sb kicap manis
Sedikit soon - Rendam hingga lembut
1 keping fucuk - Rendam hingga lembut
1 bj limau kasturi - ambil jus
Garam
Bahan Goreng (digoreng setiap satu berasingan):-
1 keping tempe - potong nipis
1/2 cawan ikan bilis
1 bj kentang - potong panjang
Kaedah:-
1. Tumis bahan hiris (*) dalam sedikit minyak hingga naik aroma.
2. Masukkan soon dan fucuk. Kacau
3. Masukkan kicap dan jus limau. Kacau
4. Masukkan bahan goreng dan kacang panjang. Gaul sebati.
5. Perasakan dengan garam (tak perlu letak banyak kerana ikan bilis dah masin)
6. Hidang dengan nasi putih
2 comment
Salam Mel, kalau tun, tumis cili giling jugak ^^ sedap! tp nk tunggu kering2 tu, lama jugak nk nunggu kuali.. pagi2 time sahur mmg x selera sgt, tp kalau dpt sambal tempe ngan ikan bilis nih, abih gak sepinggan nasi. hihi
ReplyDeleteWslam.Betul la..Tempe ngan ikan bilis memang ngam habis..Boleh bertambah2 nasi..^^
ReplyDelete