CEKODOK

Cekodok Pisang Gebu

8:40 AM


Assalamualaikum. Kalau pergi pasaraya, suka sangat tengok pisang import. Cantik je kulit luar. Warna kuning licin gitu. Memang suka beli sebab agak murah. Sekilo dalam 3-4 ringgit lebih. Tapi kata orang 'don't judge a book by its cover' kan. Pisang ni pun sama. Rupa luar cantik, tekan2 pun tak benyek lagi. Tapi bila nak makan gitu je, memang lembik tak sedap dimakan.

Ia sesuai sangat dibuat kek atau cekodok. Tapi oleh kerana tak berapa ada jiran, jadi kek pisang tak boleh dibuat selalu sebab tiada orang perabis. Cekodok saja diulang-ulang. Rasanya semua orang tau buat bukan? Yang baru2 nak berjinak dengan bidang masakan, mungkin boleh cuba cara mel yang simple ni. Masuk2 bahan, gaul2, goreng siap!

Cekodok Pisang
Resepi: mel
 

Bahan-bahan:-
2 bj pisang
1/2 st baking powder

1/2 st soda bicarbonat
1/3 cawan gula pasir

1/4 st garam
1 cawan tepung gandum
 Minyak gorengan


Cara:
1. Pisang dikupas dan di lenyek. 
2. Masukkan semua bahan secuali minyak. Gaul rata
3. Perap 15-30 minit. Mel biasanya buat malam, masukkan dalam esbok dan goreng waktu pagi.
4. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul2 panas agar cekodok tidak menyerap minyak. Sudukan adunan ke dalam minyak gorengan. Cekodok akan mengembang, jadi jangan masukkan banyak2.
5. Goreng hingga keemasan.
6. Angkat dan toskan.
7. Hidang

You Might Also Like

0 comment