TTC

Tips Pemakanan Iberet Folic Acid

11:25 AM


Assalamualaikum. Semalam menjengah ke hosp nak ambil ujian darah hari tu. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik2 saja. Buah pinggang elok, hati, jantung semua dalam keadaan sihat. Diabetes tiada. Darah tinggi pun tiada. Hepatitis pun tiada. Tapi paras Hb dan Haematocrit rendah dari normal.

Hasil dari paras Hb yang rendah, doktor pesan suruh makan sayur hijau banyak2. Jangan masak sayur terlalu lama. Makan daging lebih sikit. Paras kolestrol baik (HDL-Chol Good) rendah dari yang sepatutnya, jadi kena banyakkan bersenam. Paras kolestrol jahat (LDL-Chol Bad) tinggi sikit, kena kurangkan garam lagi la.

Bagi item Haematocrit, doktor tidak menjelaskan dengan lebih terperinci cuma dinyatakan bahawa paras darah dalam badan kurang. Bagi usia 20an, nilai 30 masih boleh diterima tetapi jika pada umur 40an tapi nilainya 30, maka proses tambah darah perlu dilakukan. Dengan kata lain, perlu duk dalam hosp tambah darah. Lagi-lagi bila ada simptom sakit dada, sakit kepala, haid berpanjangan atau sembelit. Hal ni agak merisaukan coz doktor tu pun tak pasti kenapa terjadi sebegini. Yela, aku ni alhamdulillah semua simptom tu xde. Tiap-tiap hari membuang, sembelit pun xpernah. Kalau sakit kepala tu disebabkan leher sakit, salah posisi kepala je masa tido. Badan pun kurus, x gemuk. Risau sebab kekurangan darah dalam badan boleh menyebabkan proses penghantaran oksigen ke seluruh badan especially otak akan terjejas. So, doktor syorkan makan ubat tambah darah atau iberet folic acid.

Masalahnya memang sebelum ni dah amalkan makan iberet ni tapi tang nak berak tu yang payah. Bukan sembelit tapi dalam seminggu tu memang xberak la, sakit nak berak pun xde. Orang kalau tiap-tiap hari membuang tapi tetibe seminggu tak membuang, mestila rasa pelik. So, memang stop makanla. Kalau folic acid biasa tu xla ada kesan pun. Lagipun bau iberet ni kurang menyenangkan sikit. Tup...tup kena makan balik. Tapi yang bagusnya doktor ni siap bagi tips lagi tentang pemakanan iberet folic acid ni. Katanya ramai ibu-ibu mengandung yang mengadu tentang hal ni.

Tips Pemakanan Iberet Folic Acid

1. Jangan makan tiap2 hari. Selang-selang makannya. Pilih antara hari ke 2,4,6 atau hari ke 1,3,7 dalam tempoh satu seminggu tu. Contohnya hari Isnin, Rabu, Jumaat dan makan balik pada hari Isnin seterusnya.
2. Makan IFA bersama dengan betik/pisang. Kalau tak tahan baunya, sumbat je pil ni dalam pisang/betik tu. Makan pisang/betik, iberet pun tak rasa baunya..Habis cite..doktor tu la yang cakap!
3. Pastikan minum air yang banyak setiap hari. Memang la penat kuar masuk tandas tapi untuk kesejahteraan dan kesihatan diri juga kan?
4. Makan IFA 1@2 jam selepas makan.

Kesan Normal

1. Tinja/stool berwarna hitam. (Mulanya risau gak tapi takde sebarang mudarat pun. Mungkin toksin dibuang kot)
2. Warna urine/air kencing bertukar kepada warna kuning sangattt.
3. Mungkin akan ada sesetengah orang rasa loya/pening2 hasil dari makan IFA ni.
4. Sembelit@kalau membuang tu tinja kuar sikit je. Boleh menyebabkan usus sakit dek kerana tinja tersimpan lama tak keluar dari badan

You Might Also Like

10 comment

  1. aku pun makan bnda ni.. klu bukan yg ni, makan prenavit, xpun makan obimin..da mcm2 brand aku makan..hehe. Macam ni la kalau orang problem darah. Kalau aku xmakan benda ni, makanya aku akan mngantuk sangat2..dan mudah pening, dan mudah penat.. hehe.

    ReplyDelete
  2. aku mana tau ada prob darah sebelum ni coz alhamdulillah jarang sakit..hikmah kencing berdarah hari tu, baru ku tahu tahap kesihatan badan sendiri..hahaha

    ReplyDelete
  3. Ade org makan betik gugur .. Cmne tu?

    ReplyDelete
  4. Makan betik tak sesuai jugak. Sbb ade orang yg makan betik dan mengalami keguguran. Camne tu?

    ReplyDelete
  5. [Mohamad Ekhwan] -

    Maaf ya, artikel ini ditulis ketika saya mendapatkan rawatan yang tiada kaitan langsung dengan mengandung.
    Perkataan 'mengandung' hanya disebut sekali sahaja oleh doktor untuk menyatakan pengalamannya.Kerana kebiasaannya IFA ini dimakan oleh wanita hamil.

    Jadi, tips ini diberikan khusus untuk saya yang tidak hamil ketika itu.

    Janganlah terlalu rigid akan sesuatu panduan hinggakan anda melihat dari satu sudut sahaja.
    Ini salah, ini tak betul,itu tak boleh.Walhal ia perkongsian pengalaman yang tak semestinya sesuai untuk orang lain.

    Jika pihak anda hamil, sesuaikan dengan diri anda. Gantikan dengan pilihan buah-buahan lain.
    Sebaiknya anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan apa jua pemakanan demi kesihatan kandungan.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  6. singgah sebentar. sbb xpanh de masalah HB time pregnant. tp kali ni, beli IFA. nak cuba. hehe.. berkaitan betik tu. mama saya ckp, betik muda mmg boleh menggugurkan. makan betik dah masak xder masalah. n early pregnant, mmg kene jaga mkn btol2.. pas dah 2nd trim, inshaAllah semua kembali normal.

    ReplyDelete
  7. Sya pun mkn iberet..sblum ambik obimin mmg xssuai kot...asyik skit kpla..ari prtma ambik iberet 10w++ mmg skit kpla...ari kedua dh ok..psai betik tu..sya ok je..btik xmsk ranum nk kta muda pn xjgk..tpi keras lagi sy bedal ja msa msuk 10w...alhmdllh skang ok je...mybe sbb len kot...brsgkutan..yg ggur tu .pa2 pn rezeki allah dh tulis..asbab ja sesuatu yg jdi tu..

    ReplyDelete
  8. Kalau air kencing warna seakan kecoklatan pekat mcm mn pulak tu

    ReplyDelete
  9. Boleh makan iberet 2 biji pagi ? Hari ini i dah tersilap makan 2 biji pagi... Tapi doctor suggest 1 biji pagi dan 1 biji malam

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah....sy dri pregnant ank pertama dn coming soon ni ank ke3 insyallah...smua sy telan iberet..sy minum dgn i suam jer..

    ReplyDelete