NASI

Nasi Goreng Ikan

9:04 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Sudah lama tak masak nasi goreng untuk dinner. So, malam ni aku masak nasi goreng ikan resepi Kak Nor. Dek kerana hubby orang Terengganu, so memang kenala dengan selera dia.. Sedap betul katanya nasi goreng ikan ni..Lagi-lagi sebab guna ikan selayang. Manis ikan tu terasa. Aku tambah hirisan cili padi untuk lebih kick rasa pedasnya!!Layan... ^^

NASI GORENG IKAN
Resepi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:-
2 cawan beras* ~ tanak hingga masak dan sejukkan
3 ekor ikan selar/selayang/kembung - aku guna ikan selayang
3 sudu besar cili mesin
1 bj bawang besar ~ dimesin
2 ulas bawang putih ~ dimesin
3 sudu kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj telur
kacang botol/kacang panjang ~ dihiris
garam
sedikit gula
minyak

Cara:-
1. Goreng ikan yg dah disapu dgn sedikit garam hingga masak.
2. Perisi ikan dan ramas/tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
3. Panaskan minyak, kemudian tumis cili mesin hingga garing.
4. Masukkan bawang yg dah dimesin tadi, dan goreng lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan kicap, sos tiram, garam dan sedikit gula.
6. Pecahkan telur dan pukul sedikit dgn garfu dan masukkan ke dalam kuali.
7. Masukkan juga ikan yg dah dihancurkan. 
8. Kacau sebati, kemudian masukkan nasi yg dah dilerai2kan.
9. Masukkan juga kacang botol ataupun kacang panjang yg dah dihiris. Kacau goreng hingga rata dan biarkan masak masak seketika.
10. Angkat dan hidangkan.

Sedap dimakan bersama keropok ikan dan hirisan timun.
Utk rasa yg lebih pedas bolehlah tambah hirisan cili padi

* cawan rice cooker

You Might Also Like

0 comment