IKAN

Kangkung Tumis Belacan & Ikan Bawal 3 Rasa

7:51 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Semalam hari cuti. Baru nak duk relax2 depan tv ngan hubby tetiba hujan lebat pulak. Kalau dah namanya pakai Astro, haruslah takde siaran time hujan. Apepun rasa syukur tetap dipanjatkan dek kerana hujan rahmat yang dah lama tak turun tu, musim kemarau nih!! Menu kangkung ni ambil dari buku 300 Menu Ramadhan &Syawal keluaran karangkraf. Kalau diperhatikan kat kedai2 buku, belum pun ramadhan, banyak buku2 sebegini keluar di  pasaran. Apepun, layanla resepi simple ni ye. Sedap gak!!

KANGKUNG TUMIS BELACAN

Bahan:-
300g kangkung - dipotong
30g ikan bilis - tumbuk
10g belacan - tumbuk
2 bj bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
2 bj cili merah - tumbuk
Garam secukup rasa
Air secukupnya 
Minyak untuk menumis

Cara:-
1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau
2. Masukkan kangkung dan sedikit air. Kacau rata.
3. Pastikan kangkung tidak terlalu masak dan perasakan dengan garam.
4. Kacau rata dan tutup api.


300 Menu Ramadhan dan Syawal |  RM29.70

 Salah satu sebab beli buku ni sebab ilustrasi gambar yg menarik :D

 Sebab utama beli ialah ada my fav resepi - masakan daging dendeng. 
Walaupun dah tahu masak tp tetap beli gak!

 Gandingan lauk ialah ikan bawal 3 rasa yang memang sedap dan pedas!! 
Resepi yang main campak2 je. Silakan mencuba ye ^_^

IKAN BAWAL 3 RASA

Resepi: mel

Bahan:-
1 ekor ikan bawal putih
1/2 labu bawang besar - hiris bulat
2 biji bawang merah - cincang
1 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
1 sb cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3-4 biji tomato mini -belah 2
5 bj cili padi - hiris 2
2 bj cili merah - hiris
1/4 biji lada benggala merah/hijau - hiris panjang
sedikit lobak - potong panjang
sedikit putik jagung - potong panjang
serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
garam, gula, air
 
Cara:-
  1. Ikan bawal dibersihkan, dilumur dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Goreng hingga garing. Angkat, toskan dan letak dalam pinggan yang sesuai.
  2. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan cili merah hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tomato. Kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan air.
  5. Masukkan lobak dan putik jagung. Seimbangkan rasa dengan garam, gula dan masukkan lada benggala.
  6. Tutup api dan tuang ke atas ikan yang telah digoreng.


You Might Also Like

0 comment