IKAN

Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut

5:58 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Lauk tengahari yang memang menyelerakan. C n p dari dapur Kak Nor. Sedap kuahnya. Memang satu resepi baru yang harus try ye!! Jangan ditanya kenapa ada badan ikannya tapi kepala takde. Kami ni makan brdua je. Ikan beli memang besar2, takut tak habis jadi masak separuh je. Memang jenis makan hidangan panas2, jadi nak panaskan balik lauk tengahari memang tak berapa gemar. Nanti rasanya pun dah lain skit.Lagipun nanti penuh pinggan dengan ikan lagi, sayur lagi, tak nampak nasinya mana. Kang makan bukan berlauk kan ikan tapi berlaukkan nasi pulak. Layan la ye resepi. Pedas dan sedap!!


IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

2 ekor ikan bawal ~ mel guna ikan merah
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

1. Bersihkan ikan dan keringkan.
2. Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
3. Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
4. Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ mel guna 1sk serbuk pati ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
3. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
5. Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yang digoreng

You Might Also Like

6 comment

  1. stok ayam?sll komfius..klu tak letak x blh ke?sbb tak pnh g gune stok ayam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mel pun xpernah guna.So, ganti dgn serbuk pati ayam knorr@ada yang berbentuk kiub tu..hihi

      Delete
  2. wahh..mcm sedap.. letak daun ni mesti aroma wangi... nk kena try nih ^_^

    ReplyDelete
  3. @cik neto: memang kena try. Sedap!

    ReplyDelete
  4. lebih kurang cara masak dgn 3rasa.. tp tmbah daun limau ni :) terbaik lah.

    ReplyDelete
  5. Nak cuba tengahari ni...masa cuti hujung minggu bolehlah cuba masakan yang lain dari sebelumnya..terima kasih kerana kongsi resepi ni..tapi saya tak letak kiub ayam tu sebab tak ada leni..

    ReplyDelete