بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Saidina Anas bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Ya Rasulullah, syafaatkanlah saya di akhirat.”
Nabi s.a.w menjawab ‘Boleh.’
Tapi Ya Rasulullah, di mana nak cari Rasulullah? Sebab esok di sana bukan sorang dua.
Boleh. Pertama, carilah di titian sirat. Saya tunggu di sana. Nabi kenal umatnya di mana umatnya ketika menyebarang sirat akan berkata ‘Selamatkanlah saya’
Kata Saidina Anas, ‘Kalau tak jumpa di situ bagaimana? Bukan seorang sahaja yang nak meniti titian sirat.’
Nabi berkata ‘Carilah di timbangan al Mizan, neraca timbangan. Saya tunggu di sana’
Kalau saya tak jumpa di sana?
Nabi menjawab ‘Carilah di kolam Nabi. Kolam Nabi panjangnya sebulan perjalanan, lebarnya sebulan perjalanan’.
Saidina Anas berkata ‘Kalau di situ pun tiada?’
Nabi menjawab ‘Saya akan berada sentiasa di tiga tempat ini.’
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:
‘Sayalah pembela yang pertama di dalam syurga kelak, tak ada seorang Nabi pun yang akan mendapat pengikut sebanyak pengikutku, bahkan ada Nabi yang hanya mempunyai pengikut seorang saja’
Betapa sayangnya Rasulullah pada umatnya, hinggakan Baginda menunggu umatnya di alam akhirat sana. Tanya diri kita, cintakah kita pada Rasulullah? Di alam akhirat, orang yang mencintai Nabi akan berjumpa dengan Nabi s.a.w.
Bagaimana nak dapat syafaat Nabi?
1. Didik anak cintakan Rasulullah, didik anak cintakan keluarga Rasulullah, ajar anak cintakan Al Quran dan amalkan sunnah Rasulullah.
2. Jangan mencela dan memaki hamun Rasulullah
3. Perbanyakkanlah selawat.

~ Tanyalah Ustaz. Ustaz Raihan Abdul Aziz
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:
‘Sayalah pembela yang pertama di dalam syurga kelak, tak ada seorang Nabi pun yang akan mendapat pengikut sebanyak pengikutku, bahkan ada Nabi yang hanya mempunyai pengikut seorang saja’
~ (Sahih Muslim)

0 comment