Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Bihun Singapore

9:34 AM


Assalamualaikum. Pagi ni insyaAllah mahu membuat keropok lekor lagi. Hubby suka sangat jadi stok cepat saja habis. Cuaca pun mendung dan sejuk jadi sesuai sangatlah nak marathon perisi ikan di dapur tu. Oh ya, sebelum buat kerja tu, jangan lupa solat dhuha dulu ya. Sebagai tanda syukur atas segala nikmat Ilahi.

Itu hari buka puasa dengan bihun singapore ni. Tak tahu nak masak apa, telefon mak minta idea. Alhamdulillah dapat idea bihun singapore ni. Lama dah nak cuba, asyik terlupa saja, bulan Ramadan juga tertunai akhirnya. Mel makan dengan sambal tumis dan keropok keping. Sedap dan menyelerakan.

Bihun Singapore
Sumber: FHA

1/2 paket bihun (beras) di rendam 1/2 jam dan disejat
4 genggam taugeh segar

Sawi, carrot - mel tambah

BAHAN A
sedikit minyak
15 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (ditumbuk)
5 tangkai daun sup, dihiris sederhana panjang

BAHAN B
Fish Cake
Fish Ball
15 ekor udang hidup

BAHAN C
5-6 cawan air untuk dijadikan sebagai kuah (*kalau berkuah lagi sedap)
1 kiub Ayam KNOR
sedikit garam

BAHAN D (Untuk taburan)
1 biji cili merah
2 biji limau kasturi
Daun bawang
Daun sup
Kacang tanah yg telah digoreng

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bawang menjadi hampir keperangan dan daun sup menjadi layu.
3. Masukkan bahan B dan seterusnya diikuti bahan C.
4. Setelah kuah mendidih masukkan bihun.
5. Sebelum angkat, masukkan taugeh. Kacau sedikit -sedikit dan terus di angkat. (Jangan dibiarkan lama kerana taugeh akan layu dan lembik).
6. Tabur bahan D sebelum dimakan.

You Might Also Like

4 comment

  1. Waaa...pebret akk ni..dpt lg udangnye beso2.. Puas hati

    ReplyDelete
  2. bihun singapore mmg sedap dimakan.
    saya buat hri pertama puasa kot. lupa dah.hahaha.

    ReplyDelete