Assalamualaikum. Hidangan sampingan buka puasa kelmarin. Memang kena sangat la dengan nasib tuan blog ni. Merantau mencari rezeki di Bumi Kenyalang ni..ewahhh.. Bukan takde jual yang segera punya, tapi tekak ni nak air tangan sendiri kot. Yang bawa dari Johor itu hari cepat sangat habis..uhuu
Nak buat memang agak renyah. Tapi hasilnya puas hati. Masa buat mel boleh salah masukkan tepung, termasuk tepung naik sendiri. Nasib baik tak kisar lagi, sempat tukar Jadi keropok mel ni adalah dalam 1 sudu besar tepung naik sendiri. Satu lagi mel masukkan sikit saja tepung. Dah banyak kali buat jadi hubby lagi suka yang lebih rasa ikan.
Hasilnya memang sedap. Adanya bp, jadi kembang keropoknya dan bahagian dalamnya berongga macam keropok losong. Mel makan dengan pencicah keropok khas dari Terengganu. Berbotol2 bawa naik kapal terbang. hihi. Alhamdulillah
Keropok Lekor Perantau
Sumber: JM
Bahan-bahanya.
2 ekor ikan kembung/selayamg.
100 gm tepung sagu - mel letak dalam 60g
30 gm tepung kanji
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit ajinomoto
***utk sos:***
3 sudu besar cili blend
sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
2/3 cawan air
( ros tambah 1 sudu kecil baking powder) biar kembung sikit bila digoreng nanti.
Cara-cara
1.Bersihkan ikan.
2.Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
3.Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur.
4.Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit-sedikit ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis. Masa ni tambah 1 sudu kecil baking powder.
5.Masukkan garam dan ajinomoto.
6.Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung kanji di atas papan supaya tidak melekat. Ulang sampai habis.
7.Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
8.Rebus, kemudian angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
9.Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..
10. utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.

2 comment
wah.. sedapnya buat homemade kopok lekor.
ReplyDeletemmg layan kan.. saya x pernah lg buat sndiri..hihi
thanks berkongsi resepi ..
okay.. salute! sgt tegar buat kopok lekor.. tun xtahan bab nk siang amik isi ikan tu.. sure termuntah daku ngadap ikan tu.. alhamdulillah, duk kt kg ni b4 puasa dh pulun makan kopok lekor.
ReplyDelete