RESEPI

Sambal Tumis

11:54 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Nampaknya Ramadan kali ini Allah pilih mel untuk diduga dengan batuk, selesema dan demam. Alhamdulillah. Kalau ada yang demam macam mel juga, banyak2kan bersabar ye. Allah nak gugurkan dosa kan? Moga Allah beri kesihatan yang baik, kesabaran dan kekuatan untuk kita semua beribadah tak kira apa jua dugaan yang ditimpakanNya. Amiin

Sejak demam ni memang tak boleh langsung mengadap laptop. Berat sangat kepala. Allah. Alhamdulillah hari ni dapat juga kongsi resepi sambal tumis yang dimakan dengan mini murtabak kelmarin. Biasa mel buat banyak dan simpan untuk seminggu. Mel buat sambal nasi lemak juga guna resepi ni cuma step akhir letak ikan bilis goreng dan bawang besar. Selain dari tu boleh makan dengan mee/mihun goreng, pisang/keledek goreng. Cicah dengan pulut pun ok. Memang sedap. Rasanya pedas2 manis. Selamat mencuba

Sambal Tumis
Resepi: mel

Bahan:
1 in asam jawa
Minyak
Air
Gula merah
Garam 

Bahan kisar:
10 bj cili kering 
1/2 bj bawang besar
5 bj bawang merah
5 bj bawang putih
1 in halia
1 in belacan 
Sedikit ikan bilis

Cara:
1. Bahan kisar: Goreng sebentar semua bahan kecuali ikan bilis. Angkat dan toskan. Masukkan dalam pengisar bersama2 ikan bilis dan sedikit air. Kisar halus
2. Asam jawa juga digoreng sebentar. Angkat. Bancuh sedikit dengan air. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan pes asam jawa, gula merah, garam dan air. Kacau
5. Perlahankan api. Biarkan sambal masak selama 1-2 jam hingga pekat
6. Setelah pekat, rasa sekali lagi. Cukup segala rasa, boleh matikan api.


You Might Also Like

2 comment

  1. Assalamualaikum mel sedap sambal tumis ni klu dpt digandingkan dgn nasik lemakkan mel...

    ReplyDelete
  2. sedapnya.
    buat inti burger malaysia ni..
    hari ni mel masak apa tu?

    take care ye..

    ReplyDelete