PIZZA

Mini Murtabak & Kuah Dhal

9:52 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Menu berbuka 2 hari lepas. Melihat rancangan Santai Ramadan TV Alhijrah, ada buat murtabak mini guna kulit popia. Jadi teringin juga cuba. Nampak sangat mudah. Tapi tak tersalin resepi. Alhamdulillah kak ita up entry yang sama, jadi mel ambil resepi dia saja. Alhamdulillah memang sedap. Mel guna daging batang pinang jadi cepat saja masaknya.

Kulit popia tinggal sikit jadi mel buat dua jenis. Satu guna kulit popia dan satu mel guna roti canai segera, dibelah dua kan. Dalam gambar ni yang roti canai segera saja. Kelainannya versi kulit popia ada kerangupan kulitnya. Tapi dua2 pun sedap. Mel buat kuah dhal combine 2 resepi dari 2 blog dan juga sambal ikan bilis. Sambal tu nanti mel up entry lain.

Selamat mencuba

MINI MURTABAK
Sumber: masammanis

Intinya

Bahan Tumis
1/2 biji bawang besar ~ di dadu
1 ulas bawang putih di cincang
1 1/2 sudu besar rempah kari daging
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

1/2 kg daging cincang
1 pokok daun bawang ~ di mayang - mel ganti daun sup
2 biji kentang ~ kupas kulit dan dadu kecil
1 batang lada merah ~ buang biji dan hiris halus


Cara-caranya
Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan 1/2 bawang besar dan bawang putih hingga layur
Tambahkan rempak kari dan daun kari dan tumis hingga garing
Masukkan daging dan masak hingga daging empuk
Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk
Jika kering kuah tambahkan sedikit air
Biar kentang empuk dan kuah kering - mel tutup sebentar
Perasakan dengan garam
Tambahkan sedikit daun bawang dan lada hiris. Gaul rata
Angkat dan tapiskan minyaknya

Kulit
Kulit popia yang bersaiz besar ~ secukupnya
Inti murtabak ~ yang telah kita sediakan tadi
Telur secukupnya
1 labu bawang besar ~ di dadu
1 pokok daun bawang ~ hiris halus - mel ganti daun sup

Cara-cara
Pecahkan 1 butir telur di dalam mug atau kole.
Kocok sedikit telur
Masukkan inti murtabak kita tadi
Masukkan juga bawang cincang dan daun bawang.Kacau rata
Ambil satu keping kulit popia
Letakkan inti tadi di atasnya dan ratakan
Kemudian lipat seperti melipat sampul surat
Lekatkan tepinya dengan bancuhan tepung gandum dan sedikit air.
Kemudian bolehlah di goreng dengan minyak yang sedikit sahaja


Kual Dhal
Sumber: anymz dan cikina

(Bahan A)
200g kacang dal
1/2 batang carrot dikupas kulit dan dipotong dadu
1/2 sudu besar rempah kari

Garam secukup rasa

(Bahan B)
sedikit rempah campur-terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih
1/2 biji bawang holand - dadu
Setangkai daun kari
1 cm halia - mayang
3 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
4 tangkai cili kering - gunting kasar

sedikit serbuk kunyit jika suka

Cara memasak
1. Rebus kacang dhal sampai empuk. Mel rendam dulu 4 jam sebelum direbus.
2. Bila kacang dhal dah separuh empuk , masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati
3. Masukkan carrot.
4. Bila semua dah empuk , perasakan dengan garam secukup rasa. dan ketepikan (boleh tambah air jika kuah dhal terlalu pekat)
5. Dalam kuali , (tumis bahan B) sehingga naik bau. Bila dah naik bau , angkat dan tuangkan kesemua bahan tumis kedalam (bahan A) kuah dhal tadi .Tutup api .Sedia untuk dihidangkan.

You Might Also Like

7 comment

  1. hummmmmm bestnya....terliur plakk rasa nih..

    ReplyDelete
  2. Menarik juga ni...kbtulan nak gulung popia utk ptg nnti...bsok2 la klau ada lebih...bole buat mcm ni pula...

    ReplyDelete
  3. Keliur plak tgk murtabaknye mel....mmg sedap ;)

    ReplyDelete
  4. Bila nk try ni ye....?..kelihatan mudah...ada rezeki in sha Allah pasti jadi...:)

    ReplyDelete
  5. menarik.dan buat i tertarik la
    esok nk beli brg basah boleh la top up kulit popia tu. sbb cdngnya minggu ni nak popia pisang :)

    ReplyDelete
  6. mini murtabak mmg dh dlm list menu iftar.. last year try buat murtabak mmg surrender tang bungkus tu.. last2 half inti jd mini murtabak, bungkus kulis popia lg senang.. hehe.. thn ni xtau la mcm mana.. ai duk 'berlepek' sepanjang hari, tunggu mama masak, tolong sikit2 je mana yg mampu..

    ReplyDelete