Assalamualaikum. Dua minggu lepas ada membeli kangkung dan bayam. Kebetulan beli memang segar bugar. Jadi rasa sayang kalau akarnya tidak ditanam. Alhamdulillah minggu ni beberapa kali hujan dengan sangat lebatnya. Jadi pokok bayam dan kangkung yang baru ditanam ni membesar dengan baik walau baru dua minggu.
Mungkin juga kerana adanya kompos. Seikat kangkung dan bayam tu dalam 2 ringgit. Bila ditanam akarnya, merimbum tumbuh dengan banyak. Sangat jimat dan menggunapakai semua yang dibeli. Juga boleh dituai hasil dalam 2 minggu sahaja. Berbanding kalau kita beli benihnya sepeket dalm 2 ringgit juga, harus disemai dari kecil. Mengambil masa yang lama untuk dituai. Itupun belum tentu hidup. Kalau tiada tanah macam rumah mel, mungkin boleh ditanam dalam pasu atau polybag.
Tidak membazir bukan? Kalau banyak merimbun tak termakan, boleh juga sedekah pada jiran tetangga kan? Jadi kalau beli sayur yang berakar tu, boleh tanam2 la ye. Selain kangkung dan bayam, sayur lain yang mudah ditanam selepas dibeli seperti daun sup, daun bawang, daun selom, pucuk manis, meranti dan daun kesum. Hanya menggunakan akar atau batangnya sahaja.
8 comment
Bayam pun guna akar yer. Nti boleh cuba
ReplyDeletewah syoknya mel.
ReplyDeletebercucuk tanam sendiri.
pssstt: donut.labu saya tu, boleh la.tapi tak segebu mel punya.hihi.
syoknya tanam sendiri
ReplyDeleteuntung ada tanah
Cntik tanahnya...sbb nk dia hidup...jimat tu!
ReplyDeleteselalu akarnya main buang je...klau tnam x hidup2...kikiki...
ai tanam semua matiiiiiii
ReplyDeleteai tanam semua matiiiiii....
ReplyDeleteps: td dh komen, xtau tersend ke tercancel.. huhu..
pps: setakat ni tanam serai je yg berjaya subur segar bugar..
Bestnya Mel..klu berjiran bole dpat bercekak2 ni..:)
ReplyDeletebestnya boleh menanam
ReplyDelete