Assalamualaikum. Bagaimana Ramadan pertama? Terlewat sahur kah? Liat nak bangun? Untuk mudahkan proses mengejutkan keluarga mulakan dengan mengucapkan 'Assalamualaikum'. Dan ucap suruh bangun hidupkan sunnah Nabi untuk bersahur. InsyaAllah mudahlah anak2 terjaga nanti. Tapi kalau yang tidur mati tu yang payah nak bangun kan? hihii
Kami berbuka ala kadar saja. Tidak mahu melakukan pembaziran. Alhamdulillah sejak duduk di pedalaman Bumi Kenyalang ni, ketiadaan bazar atau gerai, mendidik kami untuk bersederhana dalam menghidangkan juadah berbuka. Mel buat agar-agar sirap ros ni kerana agak panas cuaca semalam. Lama dah beli serbuknya, tapi Ramadan pertama baru berjaya melaksanakannya. Mudah untuk dibuat dan nikmat bila dimakan. Alhamdulillah.
Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak
Agar-agar Sirap Ros
Sumber: JM
Bahan-bahannya
1/2 bungkus agar-agar stripe - mel guna serbuk agar-agar
3/4 cawan gula
800- 1000ml air
2 helai daun pandan
beberapa titik sirap ros
Caranya
1. Rendam agar-agar dalam air lebih kurang 1 jam, bertujuan supaya agar-agar senang larut apabila direbus nanti, kemudian rebus dengan 800ml air dan masukkan 1 helai daun pandan.
2. Bila agar2 dah larut, keluarkan daun pandan tadi dan masukkan gula dan sirap ros, masukkan lagi sehelai daun pandan, ros buat cara ni sbb nak menambahkan lagi aroma daun pandan tu, bila semua sudah larut curah dalam acuan ataupun loyang, setelah agak sejuk baru masukkan dalam peti ais, barulah boleh dipotong dah dimakan. Nyaman je rasanya. Selamat Mencuba.

2 comment
sedap makan agar-agar ni buat berbuka..selamat berpuasa mel
ReplyDeletex pegi bazar lg jimat...kalau pegi pandai kawal diri ok lg
ReplyDelete